8 Julai 2014,Ipoh: ABIM Perak, telah menganjurkan program ziarah dan sumbangan Ramadhan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Sepanjang program ziarah tersebut, ABIM Perak menyampaikan sumbangan berupa kurma dan kuih muih di samping edaran buku risalah Panduan Ibadah Pesakit terbitan Hospital Al-Islam.