Ulama’ muhaqqiq muhaddith, Syeikh Husain Salim ad-Darani rahimahullah telah pergi meninggalkan kita

November 3, 2021
editor@abim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian ‘alim muhaqqiq muhaddith, Almarhum Syeikh Husain Salim ad-Darani rahimahullah, pada 31hb Oktober 2021 lepas di Iskandariyah, Mesir.

Almarhum telah menetap di Iskandariah, Mesir selama hampir 7 tahun setelah beliau keluar dari bandar Darayya, Syria. Beliau merupakan ulama’ berasal dari Syria, dan telah mentahqiq puluhan kitab, di antaranya ialah Majma’ al-Zawaid, Musnad ad-Darimi, dan mentahqiq semula kitab Fath ar-Rabbani tartib Musnad Ahmad oleh Syiekh Ahmad al-Banna (ayah kepada Imam Hasan al-Banna).

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR