Tunas Dermaga Didik Kanak-Kanak Melindungi Diri Mereka

November 12, 2018
editor-media

Alhamdulillah, pada 9hb November 2018, para jurulatih program Tunas Dermaga (Diriku Permata Berharga) bertemu dengan anak-anak dari SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI DAMANSARA 3.

Seramai lebih 80 anak-anak berusia 11-12 tahun mengikuti secara langsung program pendidikan reproduktif kanak-kanak ini.

Modul Tunas Dermaga diolah melalui konten dan pendekatannya sebagai usaha kecil bagi memberdaya cakna diri dan pendidikan kesihatan reproduktif, selain membina rasa tanggungjawab memelihara dan menjaga keselamatan kanak-kanak.

ABIM menawarkan latihan pemberdayaan kumpulan sokong bantu dan pendekatan kepada kelompok sasaran melalui modul DERMAGA (remaja) dan TD (kanak-kanak) selain modul pendekatan SToP (Sekeluarga Tolak Pornografi – ibu bapa) dan ResQ (remaja) yang dijalankan secara bersama Wadah Pencerdasan Umat dan PKPIM di seluruh negara.

Ketiga-tiga modul menekankan aspek pendidikan dan pemberdayaan peranan dan maklumat agar konsep “multiply effect” dapat dijalankan tidak hanya dalam kalangan peserta tetapi juga dalam kalangan guru-guru dan ibu bapa peserta terlibat.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR