TPM Rasmikan STOP WADAH Sabah

August 1, 2018
editor-media

22 Julai 2018, TUARAN – Tahniah diucapkan kepada WADAH Sabah atas penganjuran Seminar SToP – Sekeluarga Tolak Pornografi yang telah berlangsung Ahad lalu bertempat di Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Seminar SToP hasil inisiatif WADAH ini telah mula digerakkan ke seluruh negeri oleh WADAH negeri bermula pada Februari 2017 lagi.

Pada kali ini, WADAH Sabah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran telah bersama-sama menganjurkan seminar ini. Ucaptama seminar telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 Tiga orang panel berpengalaman telah memberi pengisian seminar iaitu : 1. Pn. Hjh Faridah Abu Bakar Titingan (Pengerusi Permata Hidayah/ SALWA WADAH Sabah) – “Isu dan Cabaran Keluarga dalam Menangani Pornografi”. 2. Sdr. Mohd Zikri Zainudin (SU MBM Sabah) – “Kesan dan Tips Pengawalan Pengaruh Media Sosial dalam kalangan Keluarga dan Masyarakat”. 3. Pn. Suzana Piny (Pen. Pengarah Kanan, LPPKN Sabah) – “Pornografi dalam kalangan Remaja : Faktor Risiko Tingkah Laku Seksual dan Langkah Pencegahan Melalui Kaunseling”.

Pengarah program SToP WADAH, Pn. Nor Aizan Ismail turut hadir sama pada kempen kali ini sebagai tanda sokongan.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR