Tiada Maqasid Syariah Jika Tiada Maqasid Al-Quran:- Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil

June 23, 2016
editor-media

Al-Qur’an diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang kebaikannya menyamai ‘seribu bulan’. Mengikut perbahasan ulama, istilah ‘seribu bulan’ itu bermaksud ‘banyak’, bukan terbatas hanya pada ‘seribu’. Ini menggunakan kaedah. Al-Qur’an membawa mesej transformatif () yang mengkagumkan. Ia dapat mentransformasi suatu masyarakat jahiliah menjadi masyarakat terbaik – Khayra Ummah.

Model masyarakat khayra ummah adalah teladan para Sahabah Rasulullah s.a.w. yang diungkapkan oleh Sayyid Qutb dalam bukunya ma’lim fi al toriq (Petunjuk di Sepanjang Jalan) sebagai al jil ul quraniy il fariid (Generasi al Qur’an yang Unik). Keunggulan generasi Sahabah r.a., sehingga ada ulama mengatakan jika tiada Al-Quran sebagai mukjizat, kewujudan para Sahabah itu sendiri adalah suatu ‘mukjizat’ membuktikan kerasulan Rasulullah s.a.w. ().

Maqasid Penurunan Al-Quran Ini adalah asas kepada Maqasid al Shari’ah. Tiada Maqasid al Shari’ah jika tiada Maqasid Al-Qur’an. Ini pernah diulas oleh banyak pemikir termasuk Al-Ghazali (Jawaher Al-Quran), Rashid Redha (Al-Wahyu Muhammadi), Tahir Ibn ‘Ashur (Tafsir At-Tahreer wat Tanweer), dan Yusuf al Qaradhawi.

Ulama merumuskan bahawa Maqasid al Qur’an bermaksud: “Matlamat-matlamat penurunan bagi mengaktualisasi maslahah manusia atau kebajikan manusia” atau “Islahul Insan”. Manusia perlu diislah kerana mereka adalah pentadbir alam. Al Qur’an diturunkan untuk memperbaiki manusia supaya manusia dapat menguruskan alam dan seisinya sebaik mungkin. Manusia yang terislah akan berbakti kepada keseluruhan manusia tanpa mengira bangsa, agama, atau warna kulit.

Manusia yang telah diislahkan adalah manusia yang berkhidmat kepada manusia seluruhnya disamping mengabdi kepada Allah. Maqasid penciptaan manusia adalah beribadat kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia. Misi manusia yang terislah: Beribadah kepada Allah, Islah kepada Makhluk () Surah Ali-Imran ayat 110 menyatakan secara jelas bahawa umat Islam adalah umat terbaik untuk berbakti kepada manusia seluruhnya.

Istilah ‘Khayra Ummah’ seperti ditafsirkan oleh ulama, adalah bermaksud “Sebaik-baik manusia untuk manusia” (). Ini sesuai dengan mesej dan tema Islam sebagai “Rahmat Sekalian Alam”. Ini bermakna manusia perlu merasa selamat berada di kalangan masyarakat Islam. Inilah watak manusia yang telah diislah oleh al-Qur’an.

Maka adalah tidak wajar bagi umat Islam memonopoli atau membolot kebaikan hanya untuk diri mereka sahaja. Misi khayra ummah yang tulen adalah misi kemanusiaan sejagat. Mesej kita adalah misi universal yang merentasi bangsa dan agama. Al marhum Sheikh Taha Jabir Ulwani (rh) mengatakan: Khayra Ummah adalah mereka yang ditampilkan, “dikeluarkan (daripada manusia) untuk mengeluarkan (daripada keburukan, kesesatan, kegelapan) kepada benderang cahaya”. Misi Islah daripada al Qur’an ada beberapa tema:

o Islah Aqidah: Perkara ini yang paling penting dan utama kerana ia akan membentuk pemikiran Tauhidik dan merdeka. Dhikr yang paling awla ialah – la ilaha illallah (tiada tuhan selain Allah – memiliki implikasi besar, pembebasan manusia, hamba kepada Allah bukan kepada apapun selainNya)

o Islah Akhlak Sejarah Tujuan pengkisahan sejarah adalah periwayatan misi para rasul – mengingatkan tentang hari-hari Allah. Sejarah adalah wahana untuk Islah yang sebenar. Maka, untuk berubah, manusia perlu belajar daripada sejarah. Al-Quran memaparkan pelbagai kisah sebagai sejarah yang perlu dipelajari. Peristiwa sejarah diungkapkan sebagai jalan untuk mengislahkan manusia apabila manusia mengambil pengajaran atau ibrah daripada sejarah. Antaranya:

o Kisah Dzulqarnayn melaksana strategi memberdaya kaum manusia yang lemah. Raja yang kuat ini meminta bantuan kaum berkenaan dengan berkata “Bantulah aku dgn kekuatanmu’’, membawa maksud “Kamu tidak lemah, kamu kuat”.

o Kisah Musa a.s. yang melakukan Islah Siyasi dan memberdaya kaum Bani Israel. Penceritaan Nabi Musa dan Bani Isra’il – membina jiwa merdeka Bani Isra’il dengan di bawa mereka keluar bebas daripada penindasan di Mesir.

o Kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Ratu Balqis: Nabi Sulaiman a.s. mendengar pandangan Burung Hud-Hud, walaupun baginda adalah raja dan pemimpin yang agung. Burung Hud-Hud yang kecil berani memberikan pendapat, walaupun dia hanyalah seekor burung belatuk. Oleh itu rakyat kecil janganlah diremehkan dan orang besar tidak tahu semua perkara. Ratu Balqis, walaupun seorang wanita, mampu mentadbir dengan baik dan mengamalkan syura bermesyuarat berunding dengan pembesar-pembesarnya, terserlah hikmah di dalam pentadbiran Ratu Balqis. Oleh itu, jangan memperkecil keupayaan seorang wanita untuk memimpin dengan bijaksana sepertimana kisah Ratu Balqis. Kesimpulannya – Jika sejarah gagal difahami, maka kita tidak mampu untuk melangkah ke hadapan. “How can you know where you are going, if you don’t know where you have been”.

..

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR