Syria: The Inside Story

May 28, 2012
editor

SHAH ALAM 28 Mei 2012:– Gabungan Selamatkan Syria dengan kerjasama ABIM, IKRAM, HALUAN dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas yang membincangkan tajuk “Syria : The Inside Story”. Kuliah telah disampaikan oleh Sheikh Dr. Khaled Hendawi dan Sheikh Dr. Amir Abu Salamah dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar (IKRAM). Kuliah telah bermula sekitar jam 7.50 malam dan lebih daripada 1000 orang muslimin dan muslimat telah hadir bagi mengikuti program yang penuh dengan pengajaran dan keinsafan ini.

 

Program telah dimulakan dengan paparan video yang menyayat hati dimana orang Islam di Syria tidak kira orang tua mahupun kanak-kanak telah disembelih, diseksa, dibunuh dengan kejam dan ada juga yang ditanam hidup-hidup kerana tidak mahu mahu tunduk dengan pemerintahan kejam Basyar Al-Assad dan tentera-tenteranya. Kuliah telah dimulakan sejurus selepas itu dengan kupasan yang sering kita dengar berkaitan kekejaman pemerintahan Basyar Al-Assad dan tenteranya yang tidak berperikemanusiaan.

Sebelum menamatkan kuliahnya, Sheikh Dr. Khaled Hendawi yang merupakan pembantu khas Dr Yusof Al-Qaradawi telah menyeru jemaah yang hadir pada malam tersebut untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di Syria. Oleh kerana keprihatinan dan semangat perpaduan sesama Islam yang kuat ditunjukkan para jemaah yang hadir pada malam itu, segala puji bagi Allah sejumlah besar dana bagi membantu rakyat di Syria telah dapat dikumpulkan.

Ada juga jemaah yang hadir pada malam itu sanggup menyumbangkan RM10k, RM20k bahkan ada juga yang sanggup menderma sebanyak RM50k kerana rasa tanggungjawab dan terkesan dengan kuliah yang telah disampaikan oleh penceramah. Kuliah ini telah berlangsung sehingga jam 9.45 malam dan telah ditamatkan bagi menunaikan solat Isya’ secara berjemaah. Kuliah ini juga turut disiarkan secara langsung melalui laman sesawang www.ustream.com. Rakaman penuh bagi kuliah ini boleh ditonton menerusi laman sesawang http://www.youtube.com/watch?v=ujC7–kRJw8

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR