12 Oktober 2013- Alhamdulillah, pasukan Pekerja Kemanusiaan Malaysia Life Line for Syria sudah berlepas ke Istanbul, Turki pada 12.30 pagi, 12 Oktober 2013 dari KLIA sebelum memulakan perjalanan ke Syria bagi menyempurnakan amanah Qurban dan Aqiqah yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia dan Singapura kepada rakyat Syria berjumlah 166 ekor kambing di samping sumbangan bantuan makanan, perubatan dan pendidikan yang berjumlah hampir RM480,000. Marilah sama-sama kita panjatkan doa agar Allah merancangkan apa yang terbaik kepada semua pekerja kemanusiaan ini dan dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang permusafiran mereka menyempurnakan misi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang budiman di atas kepercayaan dan juga sokongan serta doa yang tidak putus buat kami. Untuk sebarang info lanjut mari sama-sama share dan like page rasmi Malaysia Life Line For Syria.