15 Julai 2014:-“Saya lihat bulan Ramadhan telah menjadi komersial. Orang Islam nampaknya melebihkan jualan, perniagaan, tetapi masjid semakin hampir ke penghujung Ramadhan, semakin sunyi. bukankah terdapat Lailatulqadr dalam bulan Ramadhan?” “sesungguhnya kita adalah duta kecil Islam, ketahuilah bahawa ada seseorang melihat perilaku kita.
“saya suka tengok orang Islam berpuasa kerana kamu semua menahan nafsu, menjadikan dalaman/rohani kamu kuat” [alhamdulillah, puasa adalah didikan. manfaatkan ia untuk menjadikan kita mukmin yang lebih baik] Mukjizat Al-Quran itu lebih besar untuk diterokai berbanding usaha kecil ABIM Pahang dan IKATAN Pahang membicarakan keagungannya di jalanan siang tadi. Semoga Al-Quran kekal di hati kami. Kita doakan juga seorang non Muslim yang berbicara bersama kami akan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam.