Sinar Ramadhan 1438H
ABIM Selar Amalan Surat Sokongan Politik

 

RAIHAM MOHD SANUSI | | 22 Ogos 2020

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar amalan penggunaan surat sokongan politik untuk meraih jawatan seperti dilakukan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan Ikmal Hisham mendapatkan sokongan bosnya itu agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam Pharmaniaga Bhd mengakibatkan berlakunya situasi kelompok tertentu sahaja yang meraih peluang ekonomi secara semberono.

Menurutnya, tindakan itu juga menafikan ruang serta potensi mobilisasi sosial dalam kalangan rakyat untuk mencapai tahap hidup yang lebih baik.

"ABIM menyelar tindakan tersebut kerana ia terus menjadi kesinambungan kepada kegagalan memartabatkan orang Melayu dan rakyat secara keseluruhan.

"Tindakan sebegini adalah petunjuk yang telah mengabsahkan (mengesahkan) bahawa agenda Melayu telah dimanipulasi untuk membentuk kelompok Melayu elit dan kerangka feudal Melayu, yang akhirnya tidak memberikan apa-apa keuntungan ataupun meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, amalan surat sokongan itu dilihat sebagai penerusan kepada pencemaran tindakan afirmatif dalam agenda mengangkat martabat orang Melayu yang disandarkan pada hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sepertimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini telah mendapat kritikan sepertimana diutarakan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bila mana kuasa-kuasa tertentu seperti pemberian lesen dan pelantikan tertentu terbuka untuk disalahguna golongan Melayu tertentu.

"Maka ia akan merencatkan agenda meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu dan bumiputera," katanya.

Salinan surat sokongan ditulis Ikmal Hisham yang dikatakan meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga tular di media sosial semalam (gambar atas).

Surat ditujukan kepada Menteri Pertahanan bertarikh 5 Jun 2020 itu turut tertera tulisan tangan Ismail Sabri yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan mengatakan beliau bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini menafikan berlaku salah guna kuasa oleh timbalannya dalam isu mendapatkan sokongan bagi melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Menurut Ismail Sabri, tindakan Ikmal Hisham itu mendapatkan surat sokongan daripada beliau adalah satu perbuatan biasa yang selalu dilakukan pelbagai pihak. Artikel Penuh : Sinar Harian

Read 437 times
Rate this item
(0 votes)
Haji Sainuri Dilantik Sebagai Ahli Pemegang Amanah YADIM.

Tahniah & Syabas diucapkan kepada Tuan Hj. Sainuri Bin Hj.Yahmin kerana telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa pada 17 Ogos 2020 lalu.

Tuan Hj. Sainuri Bin Hj. Yahmin seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan program pembangunan umat Islam di Sabah sejak dari zaman usia muda lagi. Beliau juga merupakan mantan Yang Dipertua ABIM Sabah yang pertama dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Gabungan Ngo Islam Sabah Concern.

Semoga dengan perlantikan itu akan meningkatkan lagi syiar Islam dan pembangunan umat Islam khususnya di Sabah.

Ikhlas daripada,
ABIM Negeri Sabah

Read 651 times
Rate this item
(0 votes)

Muharam Untuk Keamanan

Aug 20, 2020
Hit: 450

 

Read 450 times
Rate this item
(0 votes)
Mustika Embun Sinari Dakwah & Pendidikan Islamiah Di Johor

 

Alhamdulillah, pada 15hb Ogos 2020, Sdr. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM Pusat) menziarahi teman-teman dengan menghadiri Usrah Gabungan WADAH-ABIM-KPIJ di Kulai, Johor. Hadir sama, mantan Naib Presiden ABIM yang juga kini Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha.

Tema perbincangan utama adalah perihal sejarah peradaban Kesultanan Johor dan konsep Bangsa Johor. Dibentangkan oleh Prof Dr Kassim Thukiman.

Pada 16hb Ogos 2020, Sdr. Fazril bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu antarabangsa dan umat sejagat bersama Sdr. Azril Mohd Amin, Ketua Eksekutif Centre for Human Rights Research & Advocacy (Centhra) di Thistle Johor Bahru.

Sdr. Fazril turut menziarahi Sekolah Sri ABIM Johor Bahru, bersama murid tua sekolah tersebut, Sdr. Zainudin Zakaria (Yang Dipertua ABIM Johor).

Beliau merupakan angkatan awal pelajar SRI Johor Bahru, kemudiannya melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah di Maahad al-Ummah, Chemor (Perak) yang juga merupakan institusi pendidikan ABIM.

Mereka turut bergambar (atas) di hadapan bangunan Istana Mustika Embun, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru, yang diniatkan sebagai wakaf untuk perjuangan pendidikan Islam oleh Almarhumah Tuanku Ampuan Mariam binti Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sdr. Fazril turut melawati Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM Johor Bahru. Diiringi pengetua sekolah yang juga aktivis ABIM Johor, Ustaz Farhan Ashari.

sekolah abim johor

Selain itu, beliau mengunjungi Taska dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Mustika Embun di kawasan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bersama pengurus pusat tersebut, Sdr. Mohammad Tirmizi Abd Manaf, aktivis ABIM Johor yang berjasa.

Pada 17hb Ogos 2020, Sdr. Fazril juga mengunjungi Pusat Tahfiz Sains Darul Ilmi, di Segamat (Johor). Kehadiran mereka disambut oleh pengasas-mudir Haji Ishak Idris, Puan Hajah Norani Saring dan Ustaz Ahmad Idris al-Hafiz. Mereka adalah senior ABIM yang banyak berkorban untuk umat.

pusat tahfiz johor

Beliau juga mengunjungi kompleks Tadika TASKI ABIM al-Hidayah, Muar. Diiringi oleh sahabat ABIM Johor, Sdr. Muazan Mahbol, bersama Puan Zu dan Dr. Kassim.

Read 983 times
Rate this item
(0 votes)
AYG Anjur Dan Agih Sumbangan Korban Kepada Penduduk PPR.

 

Allah SWT telah mensyariatkan kurban dengan firman-Nya,

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah salat karena Tuhanmu, dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al-Kautsar: 1 — 3).

“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan dari padanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” (Al-Hajj: 36).

Keutamaan Ibadah Kurban
Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda, “Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Kurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Kurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Kurban itu.” (HR Tirmidzi).

Alhamdulilah, pada 2 & 3 Ogos 2020 AYG telah berjaya melunaskan tanggungjawab ibadah qurban mewakili para individu yang melaksanakan.

Jumlah penerima seramai 950 orang dari 4 kawasan PPR. Jumlah lembu korban adalah 8 ekor.

qurban ayg

qurban ayg 2

Jumlah kekuatan penggerak seramai 13 orang dari kalangan Penggerak AYG sendiri. Terima kasih kepada peserta qurban tahun ini. Penerima manfaat telah pun menerima manfaat qurban Kalian. Moga taqwa kalian sampai kepada Nya, InsyaAllah

Read 543 times
Rate this item
(0 votes)

Didik Kanak-Kanak Hayati Rukun Negara. Featured

Aug 18, 2020
Hit: 518
Written by
Didik Kanak-Kanak Hayati Rukun Negara.

 

Maka kami rakyat Malaysia satu projek usaha sama antara projek57 dan unity ribbon bersama ABIM & ADAB Youth Garage.

Ia satu pendedahan kepada anak-anak PPR Kota Damansara tentang keperluan perpaduan demi masa depan negara yang aman, damai dan harmoni mengambil kira kemajmukan etnik dalam negara Malaysia tercinta.

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

117185253 3157693784320546 5833332905914515237 n

Program Unity Ribbon bersama Projek 57. Turut hadir Presiden ABIM, SUA ABIM dan beberapa Wartawan.

Kepada anda di luar Sana, Rukun negara Kita berbunyi seperti berikut;

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Read 518 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Selar Perjanjian Damai UAE-Israel, Anggap Ia Satu Pengkhianatan.

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam perjanjian damai Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

 

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata tindakan ini adalah satu tamparan hebat terhadap seluruh umat Islam apabila Abu Dhabi mengiktiraf Israel dan seterusnya akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

"Perjanjian ini membelakangkan sentimen dan harapan masyarakat antarabangsa untuk melihat hak Palestin menjadi sebuah negara merdeka di tanah yang dijajah rejim Zionis tercapai.

"Perjanjian yang mendapat restu dan sokongan kuat Trump yang bertanggungjawab mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan seterusnya menaja 'Deal of the Century' adalah satu pengkhianatan besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Trump dalam satu pengumuman mengejut melalui Twitter berkata, Israel dan UAE berjaya mencapai perjanjian damai.

Katanya, hubungan yang kembali normal antara UAE dan Israel ini adalah satu pencapaian besar dan turut menyifatkan ia sebagai perjanjian damai bersejarah membabitkan dua rakan baik.

AS menganggap peristiwa itu sebagai hari bersejarah dan langkah signifikan ke arah mewujudkan keamanan di Asia Barat sekali gus mengakhiri ketegangan selama 72 tahun di rantau itu.

Muhammad Faisal turut menyeru masyarakat antarabangsa dan semua pihak yang cintakan keamanan untuk melipat gandakan usaha serta kempen bagi memboikot rejim Zionis.

"ABIM konsisten berpegang teguh kepada penubuhan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

"ABIM mendesak kepada semua negara untuk bertindak atas kepentingan kemanusiaan serta kesedaran, berbanding kepentingan ekonomi dan perdagangan dengan pihak Washington semata-mata," katanya.

Sumber: Berita Harian.

Read 4028 times
Rate this item
(0 votes)
Tahniah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah!

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Anugerah tersebut diterima sewaktu Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan sempena Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau merupakan antara 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Terdahulu, beliau telah dinobatkan antara tiga doktor terbaik dunia daripada kalangan pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID19 oleh China Global TV Network.

Tahniah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah!

Read 554 times
Rate this item
(0 votes)
WADAH Condemns UAE-Israel Diplomatic Pact

 

The MOVEMENT FOR AN INFORMED SOCIETY MALAYSIA (WADAH) condemns the normalisation of diplomatic relations between the United Arab Emirates (UAE) and Israel, which shall undermine the Palestinians’ rights to return to and/or remain in their homeland. WADAH also calls upon the leaders of the Organisation for Islamic Cooperation (OIC) to convene a summit to re-establish the commitment to peace in the Middle East, to end Israeli-Palestinian conflict and re-affirm the solidarity for the establishment of a sovereign Palestinian State, with Baitu ‘l-Maqdis as its capital.

[2] The diplomatic accord, brokered by the United States, was announced by President Donald Trump through a joint statement with Israel and UAE on 13 August 2020. The joint statement also states that the three countries shall launch a Strategic Agenda for the Middle East to expand diplomatic, trade, and security cooperation.

Subsequent to this, agreement on the mutual establishment of embassies is expected in the coming weeks as well as investment and economic cooperation between the two countries. For the time being, Israel agreed to “halt” its plan to further annex parts of West Bank, but the annexation plan still remains “on the table” as Prime Minister Benjamin Netanyahu tried to pacify its right-wing coalition in Tel Aviv.

[3] HAMAS and the Palestinian Authority have unanimously rejected all declarations and unilateral decisions that aim to destroy the Palestinian rights. The decision taken by the UAE is considered as treacherous – an act of betrayal and treason to, and aggression against the Palestinian struggles. The Palestinian people were right to react strongly against this diplomatic accord.

UAE is now seen as a mere pawn that is being exploited by Israel and the US to serve their geopolitical ambitions in the Middle East. It is the UAE that shifts its ground towards Israeli’s who has never moved its position with respect to the Palestinian rights. The balance of power has steadily tilted towards Israel. The diplomatic accord will abolish the 2002 Peace Plan which envisioned a normalization of diplomatic relations between the Arab World and Israel in exchange for a full withdrawal by Israel from occupied Palestinian territories.

[4] The diplomatic accord is the third after that of Egypt in 1978 and Jordan in 1994, and the first for Gulf Arab states. Despite the conclusion of earlier two diplomatic accords, no satisfactory management of relationships has been evident. Israel does not respect both Arab countries when it continues annexing various parts of Palestinian lands. With three (3) Arab states’ relations normalized and as the only nation to have nuclear facilities, Israel would expect that its “strategic moves” within the Middle East to be simply rubber-stamped. The decision appears to support Israel’s one-state solution without the Palestinian state.

No guarantee that Israel would not continue its annexation into Palestinian lands even though normalization of relations continues. With this decision, annexation becomes an effective policy tool for Israel to prod the Arab countries to come to terms set by Israel.

[5] Whilst President Trump is expecting other Arab countries to follow UAE’s steps to normalize their respective diplomatic relations with Israel, the Muslim World should brace themselves for more sinister moves, moving forward. Palestinian issues should not be sidelined just to secure economic benefits with Israel.

It is imperative therefore that the OIC Summit be convened to restore the “collective conscience” of the people in the Middle East. Make no mistake – the Palestinian issues resonate not just within the Arab World; they also reverberate through the whole International Community, from masyriq to maghrib.

Please be reminded that the OIC was established and had its first meeting in September 1969, a month after an arson attack inside the Al-Aqsa Mosque that destroyed part of the roof and the 800-year-old pulpit of Salahuddin, who had re-captured Jerusalem from the Crusaders in the 12th century. Since then, OIC has grown to 57 countries today, from the pioneering team of 24 countries in 1969, and the Palestinian issues have been central to OIC ever since.

AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN
President
The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH)
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Read 505 times
Rate this item
(0 votes)

Terima Kasih Frontliner Pendidikan ABIM Perak! Featured

Aug 17, 2020
Hit: 1230
Written by
Terima Kasih Frontliner Pendidikan ABIM Perak!

 

Tahniah GURU-GURU TASKI ABIM PERAK atas khidmat bakti dan kesetiaan bertugas mendidik anak-anak di TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ISLAM (TASKI). Ada yang telah berkhidmat lebih daripada 30 TAHUN. Anda semua adalah FRONT LINER jamaah.

Warga jamaah kagum dengan kalian yang telah menjadi pendidik di TASKI, pra sekolah yang pertama berorientasikan Islam yang ditubuhkan oleh ABIM di Malaysia (sejak tahun 1971).

frontliner abim perak

Walaupun kalian mempunyai banyak pilihan pekerjaan lain yang menjanjikan kesenangan duniawi namun kalian memilih kekal bersama TASKI ABIM. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan sepanjang karier kalian diganjari dengan sebaik-baiknya oleh Allah swt.


وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّشْرِيْ نَفْسَهُ ابْتِغَآءَ مَرْضَاتِ اللّٰهِ ۗ وَ اللّٰهُ رَءُوْفٌ ۢ بِالْعِبَادِ

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya." (Al-Baqarah 2: 207)

وَجَزٰٮهُمْ بِمَا صَبَرُوْا جَنَّةً وَّحَرِيْرًا ۙ
"Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabarannya (berupa) surga dan (pakaian) sutera,"
(QS. Al-Insan 76: 12)

Syabas dan Tahniah!!

# MULTAQA TASKI NEGERI PERAK 15.8.2020 TAIPING

Read 1230 times
Rate this item
(0 votes)
Page 6 of 109
Our website is protected by DMC Firewall!