×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 273
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 274
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 279
Sinar Ramadhan 1438H

Angkatan Belia Islam Malaysia, ingin merakamkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Ini berdasarkan perkembangan dan maklumat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri berikutan satu analisis data yang diterima oleh beliau.

Namun ABIM juga berterusan mendoakan agar segala petunjuk terus dikurniakan Allah bagi merungkai segala masalah yang mungkin menjadi punca kepada tragedi ini. ABIM memandang berat semua tuduhan, prasangka dan kelemahan pentadbiran yang dilemparkan berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata. ABIM mahukan agar pihak yang bertanggungjawab dapat menggerakkan siasatan untuk mengatasi sebarang kelemahan dan kekurangan daripada berulang kembali.

Read 1482 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan rasa sedih dan kesal atas kehilangan nyawa 6 pengunjung muda Future Music Festival Asia (FMFA) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. Ini bermakna Malaysia kehilangan modal insan yang amat berharga yang sepatutnya digembeling untuk manfaat agama, bangsa dan Negara. ABIM juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kesabaran untuk menghadapi situasi yang amat sukar ini.

Read 1558 times
Rate this item
(0 votes)
Pertembungan Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil: Ke Manakah Penghujungnya

Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan Mahkamah Sivil. Terbaru dalam kes Izwan Abdullah yang melibatkan perebutan hak penjagaan anak di Seremban telah membuka satu lagi siri pertembungan antara kedua-dua institusi Mahkamah dalam negara.

Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Read 10311 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan berhubung dengan perlaksanaan hukuman Hudud di Kelantan. Kenyataan dimulai dengan sokongan daripada UMNO kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman hudud di negeri tersebut.

Ekoran daripada itu, pelbagai bantahan serta kenyataan telah dikemukakan oleh para pemimpin Malaysia Chinese Association (MCA) serta Democratic Action Party (DAP) yang rata-ratanya menzahirkan kebimbangan terhadap perlaksanaan undang-undang tersebut.

Read 1480 times
Rate this item
(0 votes)

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad menerusi saluran Astro Awani pada 17 April 2014 yang menyebut berkaitan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan, ABIM memandang berat kenyataan tersebut. Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.

Read 1915 times
Rate this item
(0 votes)
Menghayati Al-Qur'an Memahami Al-Kitab

Alhamdulillah, pada tanggal 25hb Januari 2014M bersamaan 24hb Rabiulawal 1435H, sekitar jam 9 pagi, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor telah menganjurkan ‘Seminar Pemerkasaan Aqidah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam’ dan ‘Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor’.

Seminar Pemerkasaan Aqidah yang dianjurkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menyaksikan Ybhg. Ustaz Mohd Naim Mohd Noor(Timbalan Presiden ABIM) tampil mengutarakan pandangan dan pencerahan sebelum wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hadir memberikan penerangan kepada para hadirin.

Read 1356 times
Rate this item
(0 votes)
HELWA Anjur Forum Wanita-Wanita Hebat Di Sisi Rasulullah S.A.W

26 Januari 2014:-  HELWA ABIM Daerah Bangi, telah menganjurkan Forum Maulidurrasul: Wanita-wanita Hebat di Samping Rasulullah SAW. Program ini diadakan bersempena program sambutan Maulidurrasul ABIM Daerah Bangi. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan mewarna, pertandingan khat dan sesi bersama kanak - kanak di Masjid As-Solihin, Teras Jernang Bangi.

Read 2133 times
Rate this item
(0 votes)
KAMAR Tingkat Penampilan Daie Muda

25-26 Januari 2014:- Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM, Puan Maria Kamel, telah dijemput untuk menjayakan KAMAR (Keluarga Mawaddah Wa Rahmah) serta BISIK di Sarawak. KAMAR adalah program latihan serta pembangunan kekeluargaan yang diusahakan Agenda Sosial di bawah seliaan Naib Presiden HELWA (Puan Fadhlina Siddiq). Antara komponen penting yang diutarakan oleh Puan Maria Kamel sepanjang KAMAR bagaimana meningkatkan penampilan diri serta keluarga ke arah memenuhi manifestasi Mawaddah Wa Rahmah Program ini turut diseliakan oleh Ketua HELWA Sarawak, Dr Nurul Syaadah Hj Hassan.

Read 2032 times
Rate this item
(0 votes)

Iqra' untuk Saudara Baru

Nov 25, 2012
Hit: 1444
Written by
Iqra' untuk Saudara Baru

23 – 25 November 2012, Islamic Incormation Centre (IIC), ABIM Negeri Sabah, dengan kerjasama ABIM Daerah Ranau dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah telah menganjurkan Program Pengisian Saudara Baru, Kem Iqra’ Siri 1 di Kg. Sumbilingon, Ranau. Pada masa yang sama, diadakan juga Program Ceramah Kesihatan bertajuk “Makanan Sihat, Minda Sihat” di kampung bersebelahan iaitu Kg. Malinsau.

Read 1444 times
Rate this item
(0 votes)

Street Dakwah Promosi Kempen Menutup Aurat Featured

Dec 08, 2012
Hit: 2160
Written by
Street Dakwah Promosi Kempen Menutup Aurat

8 Disember 2012:-Program Street Dakwah  anjuran bersama ABIM Johor dan Team Hijrah Johor yg melibatkan kehadiran seramai lebih 100 orang seluruh Johor telah diadakan pada 8 Disember 2012 bertempat di Larkin Sentral, Johor Bahru. Program dimulakan pada pukul 11.00 pg dengan sesi ta'aruf pertubuhan-pertubuhan terlibat seterusnya ceramah oleh Us. Syed Muhammad Johor di Masjid An-Nur. Seterusnya, selesai solat Zuhur berjemaah, program diteruskan dengan Solat Hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Palestine.

Read 2160 times
Rate this item
(0 votes)
Page 108 of 109
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd