Siaran Media

Published in Siaran Media

Perutusan Eidul Adha 1436H ABIM

Sep 25, 2015 Hit: 1853
Perutusan Eidul Adha 1436H ABIM

PERUTUSAN ‘EIDUL ADHA 1436H ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

Eidul Adha yang dirindui kini kembali menemui umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Haji, seperti yang sering disebut dalam masyarakat Islam di Malaysia merupakan sebahagian dari hari-hari kebesaran di awal bulan Dzulhijjah.

Hari penting dalam kalendar Islam ini ditandai dengan penunaian rukun Islam kelima iaitu ibadah haji dan disemangati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s Ibadah haji yang mula difardukan pada penghujung tahun ke-9 Hijrah dan disempurnakan oleh baginda junjungan Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam merupakan antara ibadah paling afdal dalam syariat Islam, seperti yang diungkapkan oleh seorang ulama’ Mazhab Syafi’e Al Qadi Husain, ibadah haji adalah paling utama kerana ia meliputi penggunaan harta dan amalan fizikal.

Bahkan Al Halimiy menukilkan bahawa ibadah haji merangkumi seluruh pengertian ibadah; orang yang mengerjakan haji seolah-olah dia berpuasa, bersembahyang, beri’tikaf, berzakat dan berjuang di jalan Allah. Ibadah haji yang merupakan pelengkap kepada rukun Islam ini mempunyai kesan yang mendalam merentas pelbagai kelompok umat Islam di mana pun mereka berada.

 

Buat dhuyuf ar Rahman (para tetamu ar Rahman) yang dijemput mengerjakan haji, ia merupakan kesempatan terbaik menghapuskan segala dosa-dosa yang lampau dan kembali bersih tanpa dosa seperti waktu dilahirkan. Buat mereka yang tidak berpeluang mengerjakan haji pula, amalan berpuasa ‘Arafah misalnya menghadirkan mereka peluang untuk diampunkan dosa, menurut riwayat hadis - selama setahun.

Ibadah korban pastinya hadir sebagai kesempatan untuk golongan yang berkemampuan membelanjakan harta di jalan Allah dan buat golongan fakir, miskin dan dhaif untuk menerima agihan daging korban mengisi perut yang sering merintih kelaparan. Sungguh besar faedah dan manfaat ibadah haji serta korban kepada individu dan masyarakat.

Satu lagi dimensi penting dan universal yang perlu diamati dalam konteks penghayatan ibadah haji ialah mesej ketakwaan dan perpaduan umat merentas batas ras, etnik dan perkauman, mahupun darjat pangkat dan kedudukan.

Ibadah haji merupakan manifestasi dan penyataan paling jelas pesan Al Quran dalam Surah al Hujurat bahawa “Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”. Pengalaman dan kesedaran inilah yang dirasakan oleh setiap para tetamu , antara lain seperti yang dinukilkan oleh Malcolm X (el Hajj Malik Shahbaz) dalam catatan perjalanan ketika mengerjakan haji yang telah merubah paradigma terdahulu beliau yang berbau rasis , asabiyah Qaumiyah dan perkauman sempit sepanjang perjuangannya menentang rasisme di Amerika Syarikat.

Begitulah jua mesej Islam tersebar sepanjang sejarahnya merentas daratan dan lautan bagi meruntuhkan tembok diskriminasi bangsa, kasta, warna kulit dan sentimen kesukuan yang membawa umat manusia kepada penindasan, kezaliman dan ketidakadilan.

Bersempena ‘Eidul Adha pada tahun ini kami dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyeru umat Islam di Malaysia dapat menghayati makna ibadah dan mesej persaudaraan yang sejagat di sebalik perayaan ibadah yang besar ini dan menterjemahkannya di dalam mendepani kehidupan bermasyarakat hari ini.

‘Eidul Adha juga seharusnya menjadi detik untuk kita menginsafi betapa tinggi nilai pengorbanan yang perlu dibuat ke arah membentuk kesempurnaan setiap amalan ibadah kita. Biarlah nilai pengorbanan dan kekuatan iman menjadi asas pembinaan dan kefahaman di kalangan umat Islam, khususnya generasi muda di negara ini.

Justeru ABIM ingin menyeru generasi muda, belia dan mahasiswa agar menyahut semangat berkorban dengan tampil menawarkan diri membantu kariah surau, masjid dan komuniti setempat , baik di kota mahupun desa dalam menyempurnakan ibadah korban dengan semangat gotong-royong dan pemuafakatan.

ABIM juga suka menyarankan generasi muda agar mula memasang tekad, keazaman dan berusaha untuk mengerjakan ibadah haji dan korban ketika usia muda dan bertenaga dan tidak semata-mata menanti waktu usia semakin senja.

Akhir sekali; ABIM turut ingin merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia akibat tragedi kren runtuh di Masjidil Haram pada musim haji tahun ini.

Semoga Allah mengganjiri mereka dan kesabaran ahli keluarga dengan sebesar-besar ganjaran. Alllahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! WalilLahil Hamd!

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM Presiden

Read 1853 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!