Siaran Media

Published in Siaran Media

ABIM Tolak Perjuangan Berasaskan Perkauman; Rasisme Tidak Wujud Dalam Islam

Sep 25, 2015 Hit: 2371
ABIM Tolak Perjuangan Berasaskan Perkauman; Rasisme Tidak Wujud Dalam Islam

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berasa terpanggil untuk berkongsi keprihatinan yang mendalam terhadap kebimbangan yang dizahirkan oleh Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berhubung gejala-gejala berbau perkauman yang semakin rancak dimainkan oleh segelintir umat Melayu terhadap bangsa Cina di negara ini. Beliau justeru menekankan peranan penting yang dimainkan oleh umat Melayu Islam ke arah suri teladan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. ABIM yakin bahawa MACMA sebagai sebuah persatuan yang memayungi bangsa Cina beragama Muslim dan bertanggungjawab menyampaikan kefahaman Islam yang tepat di kalangan bangsa Cina di Malaysia pastinya mempunyai asas yang kukuh untuk menolak penfasiran agama Islam yang cenderung bersifat perkauman ‘asabiyyah yang sempit serta dilihat tidak selari dengan tuntutan nilai sebenar ajaran Islam. Dengan semangat yang sama, ABIM amat berdukacita serta menolak sebarang sentimen serta prasangka berbau ras yang cuba dimainkan ke atas bangsa tertentu di negara ini. Amalan rasisme ini sekiranya tidak dihentikan akan membiakkan gejala ekstremisme yang sama sekali tidak akan menguntungkan bangsa Melayu dan umat Islam di negara bertuah ini. ABIM berkeyakinan bahawa perjuangan membela bangsa dan agama memerlukan takrifan yang jelas dan segar. Perjuangan membela bangsa dan agama seharusnya disemai ke arah mengukuhkan prinsip yang dituntut oleh Islam seperti keadilan sosial, amanah, integriti dan perpaduan umat dan selari dengan tuntutan Maqasid Syariah. Umat Melayu Islam seharusnya menampilkan wajah dan citra hakiki Islam sebagai agama rahmat sejagat (rahmatan li al-`alamin). Pengistilahan "islamic racism" adalah satu percubaan yang keji dalam usaha menghalalkan sifat perkauman atas justifikasi agama. Sepanjang sejarah, rantau Melayu telah melaksanakan amanah pencitraan ini dengan menampilkan wajah Islam yang ramah, santun dan peduli. Rekod sejarah toleransi yang unik rantau ini harus dilestarikan serta digembleng sebagai satu kekuatan pemersatu pelbagai ranah bangsa yang berbeza. Justeru sebagai bangsa yang bermaruah, umat Islam harus mengangkat prinsip Kemuliaan Insan atau karomah insaniyah yang dijamin Allah SWT ke atas seluruh anak Adam tanpa mengira bangsa dan agama. Menerusi pemahaman keatas prinsip ini, kita akan dapat menghargai kewujudan bangsa lain di negara ini sebagai manusia yang turut mempunyai maruah dan kemuliaan diri. Mohamad Raimi Abd Rahim, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 2371 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Jangan Normalisasikan Jenayah Rogol Dalam
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan ugutan rogol yang dilaporkan ...
Infaq Ramadan ABIM 1442H Saluran Untuk Bina
  Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545 (U.P: ...
ABIM Bantu Kempen Terima Vaksin.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must Include
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd