Siaran Media

Published in Siaran Media

Hapuskan Kebangsatan Bangsa Dengan Dakwah! :- Presiden

Aug 25, 2015 Hit: 1561
Hapuskan Kebangsatan Bangsa Dengan Dakwah! :- Presiden

Dalam Surah Ali i'mran, Allah menyebut mengenai umat yang terbaik. Umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah. Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan. Memang benar kebangsatan dan kesialan satu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui oleh segenap kalangan.

Maka tidak hairan jika Sayyidina Umar al-Khattab r.a menganjurkan tunjuk perasaan berhampiran Ka'bah bagi memperihalkan bantahan mereka terhadap penafian hak beragama yang merupakan hak asasi manusia. Kisah ini dipetik dan dijadikan hujah oleh Prof Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Tsaurah Sya'ab (Kebangkitan Rakyat).

Maka dengan ini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru umat Islam yang majoritinya Melayu menggunakan ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dengan turun menyertai Perhimpunan Aman Bersih 4 pada 29-30 Ogos ini. Kita mesti menghentikan kebangsatan umat Islam khususnya bangsa Melayu dengan keberanian menyatakan kebenaran. Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

ABIM juga menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya. Hentikan segera kebangsatan ini dengan dakwah.

Amidi bin Abdul Manan, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia. (ABIM)

Read 1561 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Jangan Normalisasikan Jenayah Rogol Dalam
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan ugutan rogol yang dilaporkan ...
Infaq Ramadan ABIM 1442H Saluran Untuk Bina
  Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545 (U.P: ...
ABIM Bantu Kempen Terima Vaksin.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must Include
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...

#Akhbar #TV

Our website is protected by DMC Firewall!