Siaran Media

Published in Siaran Media

Hentikan Polemik Penyembelihan Lembu Di Sekolah

Oct 21, 2013 Hit: 1546
Hentikan Polemik Penyembelihan Lembu Di Sekolah

21 Oktober 2013 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyebaran video rakaman perbualan seorang penganut Hindu dengan guru besar sebuah sekolah (mengenai penyembelihan lembu korban di sekolah) yang heboh diperkatakan semenjak kebelakangan ini.

ABIM menilai penyebaran video tersebut sebagai satu usaha yang boleh menimbulkan ketegangan serta merangsang polemik agama serta perkauman yang tidak diingini. Justeru, ABIM berpandangan ia sebagai percubaan untuk memburukkan hubungan antara agama  di Malaysia. Selain dari itu, ia juga mencemar institusi pendidikan yakni sekolah yang seharusnya dihormati.

Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan perlu diberi dokongan sepenuhnya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak wajar, teguran secara terhormat perlu diberikan bukan dengan biadab serta menggunakan saluran media tidak rasmi.

Semangat berkorban adalah semangat yang mulia di sisi agama Islam. Pengorbanan yang digambarkan dalam kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah pengorbanan bagi menegakkan ketaatan berasaskan kebenaran. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa tujuan untuk menghina mana-mana agama.

Seharusnya seluruh masyarakat menghayati kisah ini dan diterjemahkan menerusi semangat perpaduan yang juga turut menuntut pengorbanan. Bagi memastikan semua agama dan bangsa dapat berkongsi negara Malaysia ini maka pengorbanan yang berteraskan semangat perlembagaan mesti dihayati.

Bagi merealisasikan hasrat ini, sekolah adalah tempat yang terbaik. Sekolah perlu untuk memahamkan pelajar secara langsung menerusi aktiviti di dalam kelas mahupun di luar kelas semangat perlembagaan ini. Setiap pelajar mesti menerima reality perlembagaan seperti yang telah termaktub sejak sekian lama.

ABIM yakin dengan kemesraan dan keramahan yang wujud dalam masyarakat, anasir penggugat perpaduan dapat diketepikan. Kepelbagaian dan kerencaman agama, bangsa, dan budaya akan dapat disatukan dalam bingkai kesatuan sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.

Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 1546 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

Our website is protected by DMC Firewall!