ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

ABIM Selar Amalan Surat Sokongan Politik

Aug 24, 2020 Hit: 447
ABIM Selar Amalan Surat Sokongan Politik

RAIHAM MOHD SANUSI | | 22 Ogos 2020

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar amalan penggunaan surat sokongan politik untuk meraih jawatan seperti dilakukan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan Ikmal Hisham mendapatkan sokongan bosnya itu agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam Pharmaniaga Bhd mengakibatkan berlakunya situasi kelompok tertentu sahaja yang meraih peluang ekonomi secara semberono.

Menurutnya, tindakan itu juga menafikan ruang serta potensi mobilisasi sosial dalam kalangan rakyat untuk mencapai tahap hidup yang lebih baik.

"ABIM menyelar tindakan tersebut kerana ia terus menjadi kesinambungan kepada kegagalan memartabatkan orang Melayu dan rakyat secara keseluruhan.

"Tindakan sebegini adalah petunjuk yang telah mengabsahkan (mengesahkan) bahawa agenda Melayu telah dimanipulasi untuk membentuk kelompok Melayu elit dan kerangka feudal Melayu, yang akhirnya tidak memberikan apa-apa keuntungan ataupun meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, amalan surat sokongan itu dilihat sebagai penerusan kepada pencemaran tindakan afirmatif dalam agenda mengangkat martabat orang Melayu yang disandarkan pada hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sepertimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini telah mendapat kritikan sepertimana diutarakan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bila mana kuasa-kuasa tertentu seperti pemberian lesen dan pelantikan tertentu terbuka untuk disalahguna golongan Melayu tertentu.

"Maka ia akan merencatkan agenda meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu dan bumiputera," katanya.

Salinan surat sokongan ditulis Ikmal Hisham yang dikatakan meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga tular di media sosial semalam (gambar atas).

Surat ditujukan kepada Menteri Pertahanan bertarikh 5 Jun 2020 itu turut tertera tulisan tangan Ismail Sabri yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan mengatakan beliau bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini menafikan berlaku salah guna kuasa oleh timbalannya dalam isu mendapatkan sokongan bagi melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Menurut Ismail Sabri, tindakan Ikmal Hisham itu mendapatkan surat sokongan daripada beliau adalah satu perbuatan biasa yang selalu dilakukan pelbagai pihak. Artikel Penuh : Sinar Harian

Read 447 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is a Joomla Security extension!