ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Turun Ceruk Rantau Berdakwah

Feb 07, 2018 Hit: 1390
Turun Ceruk Rantau Berdakwah

Kota Bharu: Setiap bulan antara dua hingga tiga kali dia akan memasuki kawasan pedalaman di sekitar Gua Musang untuk menjalankan aktiviti sukarelawan bersama Orang Asli.

Aktiviti itu dianjurkan kerana minat mendalam Siti Zulaiha Ghazali, 23, bersama kakitangan dan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamic Outreach ABIM (IOA) Kelantan biarpun terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.

“Setiap bulan, kami, kira-kira 30 kakitangan dan sukarelawan IOA akan ke kawasan pedalaman di sekitar negeri ini untuk bertemu sendiri dengan Orang Asli dan mendekati mereka. “Biasalah apabila masuk ke kawasan pedalaman, kita terpaksa melalui jalan balak. Jika hujan, perjalanan akan mengambil masa yang lebih lama namun ia tidak pernah mematahkan semangat kami.

“Tujuan utamanya untuk dekati mereka dan kita menggunakan pendekatan dakwah bilhal dengan menunjukkan contoh yang baik serta menjalankan pelbagai aktiviti untuk merapatkan hubungan dengan mereka,” katanya ketika ditemui di Pusat Latihan & Dakwah Orang Asli IOA Kelantan, Kok Lanas, di sini.

Menurutnya, kebiasaannya mereka memperuntukkan antara dua hingga tiga hari setiap kali memasuki satu-satu perkampungan dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama Orang Asli termasuk menjalankan kelas fardu ain, nasyid dan sebagainya. “Saya juga gunakan bahasa Temiar untuk memudahkan berkomunikasi dengan masyarakat setempat di situ.

“Pada saya, dengan menguasai bahasa ini, selain dapat mengatasi masalah dalam komunikasi, kita juga dapat menjalin hubungan dengan lebih baik,” katanya. Siti Zulaiha berkata, pembabitannya dengan IOA bermula selepas menyertai seminar yang dianjurkan oleh NGO itu pada 2013.

“Sejak itu, saya menjadi sukarelawan dengan menyertai pelbagai aktiviti kesukarelawanan termasuk ziarah rumah orang tua, rumah anak-anak yatim dan sebagainya sehingga menjadi kakitangan tetap di sini.

“Saya bersyukur ahli keluarga memberi sokongan sepenuhnya untuk terus bergiat aktif dengan IOA,” katanya. Perkara sama turut diakui oleh Pegawai Eksekutif IOA Mohd Izwan Che Din, 30, yang turut bergiat aktif dengan IOA sejak 2007.

“Memang 24 jam, saya peruntukkan masa menjalankan pelbagai aktiviti dengan IOA yang bukan hanya terhad kepada Orang Asli, malah kita turut membantu mualaf yang baru memeluk Islam dan aktiviti kemasyarakatan lain.

“Saya berasa puas apabila melihat segala aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan biarpun terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 7:17 AM

Read 1390 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Jangan Normalisasikan Jenayah Rogol Dalam
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan ugutan rogol yang dilaporkan ...
Infaq Ramadan ABIM 1442H Saluran Untuk Bina
  Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545 (U.P: ...
ABIM Bantu Kempen Terima Vaksin.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must Include
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...

#Akhbar #TV

Jangan Normalisasikan Jenayah Rogol Dalam
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan ugutan rogol yang dilaporkan ...
Infaq Ramadan ABIM 1442H Saluran Untuk Bina
  Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545 (U.P: ...
ABIM Bantu Kempen Terima Vaksin.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must Include
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil Langkah Bersepadu Dan
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!