ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Edmund Terence Gomez: Pembangkang Akan Disokong Jika Dibiaya Dengan Telus

Dec 15, 2017 Hit: 1355
Edmund Terence Gomez: Pembangkang Akan Disokong Jika Dibiaya Dengan Telus

MASYARAKAT sivil mahu pembangkang menyediakan sistem pembiayaan yang telus, kata ahli akademik, Profesor Terence Gomez. Pensyarah di Universiti Malaya itu berkata pembangkang akan memperoleh sokongan penuh sekiranya memilih untuk telus mengenai pembiayaan politik mereka.

"Yang saya tahu, masyarakat sivil kecewa apabila ahli politik kita tidak memberikan sebarang maklum balas," kata Gomez dalam forum mengenai pembiayaan politik di Kuala Lumpur hari ini. Beliau juga mempersoalkan mengapa pembangkang menolak cadangan masyarakat sivil supaya mengesahkan pembiayaan awam. Ini kerana cadangan mereka itu penting, katanya.

"Jika ada pembiayaan awam, bermakna ia mengurangkan kelebihan BN dari segi kewangan, dan menjadikan pilihan raya lebih kompetetif. Ikut teori, itu yang akan berlaku.

"Dan anda memerlukannya (pembiayaan awam) bukan hanya semasa pilihan raya tetapi semasa bukan pilihan raya untuk demokrasi yang berfungi lebih baik. Parti-parti politik memerlukan wang. Supaya mereka boleh berfungsi dengan baik," katanya sambil menambah perlu ada pendedahan jika ada pembiayaan awam kepada parti politik.

Tambah Gomez lagi, jika terdapat permintaan untuk pembiayaan awam, reformasi institusi juga perlu dibuat. Pada 2015, G25 bersama 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah mengemukakan satu kajian mengenai reformasi pembiayaan politik kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Kajian itu mengandungi cadangan kepada Putrajaya untuk menjadikan pembiayaan politik lebih telus dan bertanggungjawab melalui undang-undang baharu, seperti dilaporkan akhbar The Sun. Pada tahun lalu, Gomez berkata pembangkang tidak menyokong cadangan Transparency International (TI) untuk mekanisme pembiayaan politik secara sah.

Beliau seterus ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan berkenaan cadangan itu. Gomez berkata dia menemui Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ketika itu bersama PAS, di lobi untuk mendapatkan sokongan cadangan itu.

Pada September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low berkata undang-undang untuk mengawal pembiayaan politik untuk parti akan siap pada pilihan raya umum ke-15. “Akta ini tidak sempat dikemukakan untuk PRU14 tetapi akan siap untuk PRU15."

Menurut Low, dana awam dan persendirian ada dibincangkan dalam rundingan menyiapkan draf akta berkenaan tetapi banyak pihak membantah penggunaan dana awam kerana tidak mahu melibatkan duit cukai rakyat. – 15 Disember, 2017. Sumber "- The Malaysian Insight.

Read 1355 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd