ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Enam Puluh Anak-Anak Asnaf Terima Bantuan Kelengkapan Persekolahan

Dec 23, 2017 Hit: 1320
Enam Puluh Anak-Anak Asnaf Terima Bantuan Kelengkapan Persekolahan

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG JAYA, 20 DIS: Seramai 60 anak-anak asnaf dan muallaf hari ini menerima bantuan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2018 dalam program Penyampaian Sumbangan Projek Baju Sekolah 2017 di Pasaraya Mydin USJ, di sini. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, bantuan itu merupakan aktiviti tahunan bertujuan membantu persiapan persekolahan pelajar kurang berkemampuan.

“Program ini mendapat kerjasama daripada pihak Pengurusan Zakat, Affin Islamic Bank dan individu yang menyalurkan dana berjumlah RM12,000 dengan setiap anak-anak mendapat peruntukan RM200 bagi membeli persiapan persekolahan.

“Ini adalah tahun kelima program ini diadakan di mana kebanyakan anak-anak ini dipilih daripada keluarga asnaf melalui Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dilaksanakan pada bulan Ramadan lalu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, program yang bermula sejak 2012 itu turut mendapat kerjasama daripada sukarelawan ABIM yang terdiri dariapada golongan muda.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini dan diharapkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Kanan Pengurusan Zakat, Jabatan Penyeliaan Shariah Affin Islamic Bank, Helmi Afizal Zainal berkata, ia adalah kerjasama kedua dijalankan pihaknya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. “Ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kami lakukan bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya. Sumber:- Selangor Kini

Read 1320 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is a Joomla Security extension!