SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal Cemerlang Dalam Anugerah Sekolah Hijau, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)

December 5, 2021
editor@abim

SERI & SEMI ABIM SUNGAI RAMAL CEMERLANG DALAM ANUGERAH SEKOLAH HIJAU, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKJ)

Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang di atas kejayaan dalam percubaan pertama kali menyertai Pertandingan Anugerah Sekolah Hijau, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bagi tahun 2021.

SEMI ABIM Sungai Ramal telah menggondol Johan Anugerah Sekolah Hijau 2021 dan Kategori Anugerah Khas (Kebersihan).

SERI ABIM Sungai Ramal pula meraih tempat keempat bagi kategori sekolah rendah.

Sebanyak 5 pemenang bagi kategori sekolah rendah dan 3 pemenang bagi kategori sekolah menengah telah berjaya memenangi anugerah ini daripada keseluruhan sebanyak 25 penyertaan.

Selain itu, Anugerah Khas (Kebersihan) juga telah diberikan kepada SEMI ABIM Sungai Ramal yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dari aspek pelaksanaan aktiviti kitar semula, inovasi, kebersihan, penghijauan dan penyediaan laporan serta video.

Diharap penganugerahan ini dapat menyuntik semangat warga sekolah untuk terus mengamalkan gaya hidup hijau dan memelihara alam sekitar pada peringkat sekolah.

Pihak ABIM merakamkan ucapan syabas kepada semua warga TASKI, SERI dan SEMI yang berjaya menunjukkan komitmen yang baik, dalam usaha ke arah pengurangan karbon dan penjagaan alam sekitar.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR