Seminar Islam Rahmatan Lil ‘Alamin Di Johor

December 3, 2018
editor-media

1hb Disember 2018 (Sabtu) : Alhamdulillah, Seminar Islam Rahmatan Lil’ Alamin telah berlangsung dengan jayanya. Program yang penuh bermanfaat ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan telah diadakan di Dewan Tunku Kursiah, Sekolah Rendah Islam ABIM Johor Bahru, No 10, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor. Perasmian disempurnakan oleh YB Tn Hj Aminolhuda Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Pembentangan Kertas kerja 1 bertajuk “Islam Rahmat Buat Sekalian Alam” disampaikan oleh Prof Madya Dr Ajmain Safar, Pengerusi Pertubuhan IKRAM Negeri Johor. Sementelah, Pembentangan Kertas kerja 2 bertajuk “Fiqh Ta’ayush (Fiqh Co-Existence) dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia” dibentangkan oleh Ustaz Hasri Harun, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), yang juga mantan Naib Presiden ABIM Pusat.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR