3 Januari 2014:- Institusi Pendidikan Rakyat, Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar,telah mengalami kerosakan yang sangat teruk akibat banjir. Sekolah Agama ini merupakan salah satu institusi pendidikan rakyat terkemuka di negara Pahang telah ditenggelami banjir yang melanda daerah Jerantut. Pada 3 Januari yang lalu, ABIM Negeri Pahang yang diketuai saudara Muhammad Hisyamuddin Baharuddin yang juga merupakan salah seorang pelajar di sekolah agama tersebut telah membantu proses mencuci sebahagian daripada premis sekolah tersebut. Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah singgah serta menziarahi Guru Besar Sekolah tersebut, Cikgu Mudin.