Suasana meriah rihlah ABIM Negeri Sembilan dan PPINS di Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Pelbagai juadah beraneka rasa yang dibawa dari rumah masing-masing menambahkan lagi kemeriahan rihlah kali ini. Rihlah dimulakan dengan alu-aluan Yang Di Pertua ABIM Negeri Sembilan dan Penerangan ringkas pengarah program, Puan Nuratikah Exco ABIM Negeri Sembilan.
Adik-adik PPINS membantu menguruskan acara sukaneka kanak-kanak. Kanak-kanak begitu teruja dengan acara meniup belon dan memenuhkan air dalam botol. Acara diselangi dengan mandi manda dan sesi ringkas teknik berenang secara betul oleh YDP ABIM Negeri Sembilan. Rihlah kemudiannya disambung dengan pertandingan Membina Kota Pasir oleh semua ahli keluarga yang hadir termasuk adik-adik PPINS.
Perlawanan bolasepak Pantai memeriahkan lagi suasana rihlah yang disusuli dengan sesi menaiki ‘banana boat’ beramai-ramai. Rihlah diakhiri dengan makan tengahari dan majlis penyampaian hadiah kepada semua yang hadir. ABIM Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menjayakan rihlah kali ini. Semoga ukhuwah yang dibina menjadi pencetus kepada semangat untuk lebih berjasa kepada umat.