23 Julai 2014, Kaherah:- ABIM Mesir telah menerajui projek usahasama bersama 10 persatuan dan organisasi pelajar Malaysia di Mesir bagi menyantuni golongan gelandangan dan masyarakat tempatan di sekitar kota Kaherah. Aktiviti ini diadakan untuk menyemarakkan lagi aktivisme komuniti Mahasiswa Malaysia di Mesir. Tabarro’ Project 23 julai 2014 untuk kali ini. Dan kita sememangnya jelas,sukarelawan dan aktivisme sebenarnya terlalu luas dan mempunyai pelbagai cabang,bukan tertumpu kepada dapur jalanan semata,bukan tertumpu kepada anak yatim sahaja,tapi skopnya amatlah luas. ia bukan perkara baru.