Presiden Ziarah Keluarga Pegawai MH17

July 19, 2014
editor-media

19 Julai 2014, Kuala Lumpur:-Presiden ABIM dan beberapa delegasi ABIM telah berkesempatan menziarahi Ustaz Hanapi, ayahanda Allahyarham Ahmad Hakimi, salah seorang juruerbang MH17. Sepanjang pertemuan tersebut  Ustaz Hanapi telah berkongsi pelbagai kenangan bersama dengan Allahyarham. Antara yang menyentuh hati dan perasaan delegasi ABIM apabila Ustaz Hanapi menceritakan, Allahyarham telah berusaha mencukupkan simpanan ibunya untuk membolehkan beliau (ibunya) menunaikan haji. Di penghujung pertemuan tersebut, beliau memohon agar semua kenalan mendoakan ruh Allahyarham dirahmati dengan diterima Allah dengan penuh kasih sayang. Amin.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR