Politik Dikir Barat Cemari Politik Melayu: Ust Siddiq Fadzil

June 5, 2015
editor-media

Orang Melayu telah dicemari dengan budaya politik Dikir Barat. Begitulah petikan yang menarik perhatian oleh Dato’ Siddiq Fadzil ketika membimbing para hadirin sempena siri Kuliah Tafsir Maudhuiyy “Mewaspadai Gejala Kehilangan Hikmat Buta Sejarah & Kufur Nikmat. “Sesungguhnya, politik orang Melayu kini di wabaki sindrom “Politik Dikir Barat”. Bila Tukang Karut berkata kata, maka ahli ahlinya akan terpaksa mengulangi setiap senikata yg sama. Andai ada ahli yg cuba mengubahnya, maka akan tersingkirlah ahlinya dari kumpulan Dikir Barat itu, ” jelas beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Siddiq Fadzil. 

 

Berikut antara intipati penting kuliah yang diadakan pada 30 Mei 2015 yang lalu:

Bukan sekadar menghafal tarikh dan kronologi peristiwa tapi yang lebih penting ‘menyeberang dari peristiwa kepada makna’. Dan sejarah adalah komponen penting dalam agama yang menjadi inti di dalam Al-Quran. Meremehkan sejarah bermakna mengenepikan misi besar para rasul dan gagal menangkap mesej sejarah pula bererti kehilangan hikmah.

Sejarah membolehkan kita belajar untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan dan supaya dididik hati untuk bersabar dengan ujian dan bencana yang Allah berikan. Namun, bersabar itu bukan menerima kezaliman dan merelakan penghinaan semata-mata tapi bertahan menanggung derita tanpa tewas jiwanya serta terus-menerus berjuang untuk membebaskan diri.

Pengajaran dalam kisah Nabi Musa dan Bani Israel yang ditindas Firaun. Belajar, memahami dan menghargai sejarah akan menjadikan kita bukan saja mensyukuri akan nikmat serta sabar dengan ujian, tapi lebih dari itu sedar diri, bahawa sejarah sudah berjalan dan tertulis sedemikian panjang untuk kita sentiasa mengambil iktibar agar kita tidak berjalan di atas muka bumi dengan rasa angkuh dan lupa daratan. Agar kita sentiasa mengingat, setiap langkah yang diaturkan akan ada akibat yang menunggu di depannya.

Akibat yang tidak lari dari apa yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Info menarik: * Ibnu Khaldun mengarang kitab sejarah, tapi tidak menggunakan perkataan ‘Tarikh’ di dalam judulnya tapi kata ‘Ibar’ dan ‘Ayyam’. * ‘Ibar’ dari kata ”ibara’, ‘ya’buru’ yang bermaksud ‘menyeberang’ = kalau dalam konteks sejarah adalah menyeberang dari peristiwa kepada makna. * ‘Ayyam’ seperti di dalam ayat 5 Surah Ibrahim itu; ‘ayyami llah’ yang bermaksud hari-hari Allah yang ditakrifkan sebagai peristiwa-peritiwa sejarah yang menunjukkan kekuasaanNya yang penting dalam menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. 

 

 

Nota Penuh KTM 74:- Mewaspadai Gejala Kehilangan Hikmah, Buta Sejarah Dan Kufur Nikmat (Surah Ibrahim: 4-7) by Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

 

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR