Peserta Program Ziarah Hospital Beri Sokongan Emosi Kepada Para Pesakit.

June 23, 2016
editor-media

19 Jun 2016, Kuantan:- Islamic Outreach Abim (IOA) Pahang melaksanakan misi penting di bulan ramadhan. Membantu kepada yang memerlukan. Pendidikan tentang ibadah ketika sakit diberikan kepada pesakit di hospital. Program Hospital Visit siang tadi yang disertai 40 orag sukarelawan ABIM Pahang di HTAA Kuantan bermatlamat untuk melebarkan rahmat Ramadan kepada pesakit-pesakit melalui sentuhan ruhani dan emosi, menguatkan semangat, meningkatkan keceriaan mereka. Program turut dihadiri Sdr. Muhd Faisal Aziz (SUA ABIM Pusat) yang berkongsi pengisian seperti berikut,”Sekitar program ziarah Hospital sempena Ramadhan. Imam Al-Ghazali dalam “Kimiya-e Saadat” (The Alchemy of Happiness) menukilkan dialog Allah dengan Nabi Musa A.S. Allah berfirman : “Wahai Musa, aku telah jatuh sakit, tapi mengapa engkau tidak menziarahi aku?” Nabi Musa bertanya : Wahai Allah, engkau adalah Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan bagaimana engkau boleh jatuh sakit? Allah menjawab : “Sebahagian hambaku kini telah jatuh sakit tetapi engkau tidak menziarahi mereka… dan sesungguhnya jika engkau menziarahi mereka bermakna engkau telah menziarahi aku” Terima kasih kepada semua penyumbang.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR