Pelajar Seri Ketuai Pasukan Bolasepak Malaysia Di West Ham United

December 8, 2015
editor-media

8 Disember 2015, London:- Tahniah kepada adik Mohd Daniel Mohd Norli, pelajar SERI ABIM Sungai Ramal, Kajang yang diberi mandat sebagai Ketua Pasukan 1MCC-Astro Kem Bola 2015 di sana. Adik Daniel telah terpilih mewakili Malaysia untuk menjalani latihan bersama kelab bola sepak Liga Inggeris, West Ham United. Beliau bukan sahaja cemerlang dalam aktiviti bola sepak, malahan mendapat kejayaan memberangsangkan dalam akademik dan pencapaian diniah (pengetahuan agama). Adik Daniel membuktikan bahawa pelajar berlatangbelakang agama juga mampu mengukir nama di persada antarabangsa dalam bidang sukan yang diminati. Untuk rekod, SERI ABIM Sungai Ramal, Kajang telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik PSRA seluruh Negeri Selangor dengan 76 calon SERI ABIM Sungai Ramal telah mendapat keputusan Mumtaz. Seramai 32 orang pelajar sekolah tersebut pula mendapat telah mendapat keputusan 5A dalam setiap matapelajaran yang diambil untuk UPSR 2015. Pencapaian itu yang diterjemahkan ke dalam bentuk gred purata untuk sekolah (GPS) sebanyak 1.42, merupakan antara yang terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat.

 

PELAJAR SERI ABIM DILANTIK JADI KETUA PASUKAN DI AKADEMI WEST HAM UNITED.Tahniah kepada adik Mohd Daniel Mohd Norli,…

Posted by Abim Pusat on Monday, 7 December 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR