
NAIB YDP ABIM SARAWAK SAMPAIKAN CERAMAH MAULIDUR RASUL DI SM SAINS KUCHING
13hb Oktober 2022: Alhamdulillah, Sdra. Muhammad Zhariff bin Azhari (Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak) telah menyampaikan Ceramah Maulidur Rasul di Surau Darul Faizin, Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak.
Beliau mengupas topik “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”. Sesungguhnya, aspek saling menghormati dan menyayangi serta keadilan berteraskan syariat Islam adalah dua aspek yang menunjangi pentadbiran Baginda Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.
Sekiranya Rasulullah masih hidup, umur Baginda Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam adalah 1452 tahun. Pernah tak terfikir mengapa Baginda dikurniakan wahyu ketika umur 40 tahun? Bukan ketika usia muda dari itu?
Hal ini kerana usia 40 tahun adalah kemuncak kematangan manusia. Sekiranya kehidupan seharian kita diisi dengan perkara yang berfaedah, maka tabiat itu akan kita bawa sehingga ke penghujung nyawa. Semoga kita dapat berjumpa dan diberikan syafa’at oleh Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam di akhirat kelak.
Sollu ‘alan Nabi!
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/