Multaqa Petugas Jamaah Kenang Rakan Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah

March 1, 2017
editor-media

18 Februari 2017, Kampung Baru:- Ada para hadirin Himpunan Multaqa Petugas Jamaah 2017 yang mengalirkan air mata taktala menonton video persembahan khas untuk mengenang kembalinya empat orang mantan petugas Jamaah ke Rahmatullah pada tahun lalu. Antaranya Allahyarham Dr Sulaeiman Sultan Djamokhanov ( 1955- 2015 ), Allahyarham Ustaz Idris Yusoff ( 1959 -2016 )  

Allahyarham Tuan Hj Ghazali Yusof (1964- 2016 ) dan Allahyarham Hj Ngah Mohammad ( 1953- 2016 ). Allahyarham Dr Suleiman pernah bertugas di agensi kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) serta pernah menjadi wakil kedutaan Chechnya ke Malaysia manakala Allahyarham Haji Idris merupakan mantan petugas di Muslim Minoriti Affairs (MMA), yang merupakan sebahagian sektor khusus dalam pengurusan sekretariat ABIM yang menangani isu-isu berkaitan dengan hak asasi serta kebajikan golongan minoriti Muslim.

Manakala Allahyarham Encik Ghazali (Haji Ghazali Yusof) pernah berkhidmat di beberapa agensi seperti Sekretariat ABIM Pusat (SAP) serta Yayasan Takmir Pendidikan (YTP). Penampilan terakhir ketika program anjuran WADAH-ABIM-KEPITAR di Terengganu pada Oktober yang lalu menjadi sebutan di kalangan teman-teman lama Haji Ngah Mohammad, yang dikatakan sempat berkongsi pengalaman serta butiran kata-kata hikmah dengan rakan-rakan serta generasi muda aktivis ABIM ketika program tersebut. Allahyarham (Haji Ngah) bertugas dalam salah satu agensi kelolaan Koperasi Belia Islam (KBI) di negeri Terenganu, Wadi Harta.  

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR