Malaysia Baharu & Kesinambungan Reformasi-Islahiy

October 26, 2018
editor-media

Slot Pidato Penegasan yang bertajuk “Malaysia Baharu dan Kesinambungan Reformasi Islahiy” disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H. Antara intipati pidato beliau,

“Manusia telah dilucuti kemanusiaannya dengan diperbodoh dan ditindas terlalu lama hingga mati rasa”.

“Subjek Pendidikan Islam perlu digubah supaya sesuai dalam masyarakat majmuk kerana pendidikan Islam di Malaysia tidak sama seperti di negara Pakistan atau Arab. Perlu dimasukkan cara menyikapi masyarakat lain serta menerima org lain yang berbeda. Penekanan terhadap sikap hormat kepada perbedaan bangsa, kaum dan agama bahkan menyenangi dan menyukai perbedaan”.

“Demokrasi hanya akan berfungsi apabila rakyat menyedari Kedaulatan dirinya.”

“Malaysia baharu menuntut agar parlimen berlangsung dalam keadaan cerdas, rasional dan santun”.

“Kemiskinan bukan ciptaan orang miskin. Menjadi miskin bukan pilihan mereka, tetapi dipaksa menjadi miskin oleh sistem yang menindas. Maka kemiskinan bukan masalah yang tidak boleh diselesaikan. Menghapuskan kemiskinan, bukan menghapuskan orang miskin. Menghapuskan kemiskinan di mana-mana, di desa dan juga di kota”.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR