MAJLIS PELANCARAN PUSAT OPERASI DAN PENGURUSAN SUMBANGAN BANTUAN BENCANA & BANJIR ABIM-GPM-AYG
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menganjurkan Majlis Pelancaran Pusat Operasi & Pengurusan Bantuan Bencana & Banjir ABIM-GPM-AYG. Pusat Operasi ini menghubungkan kesemua 14 pusat operasi di negeri-negeri seluruh negara dan dibuka bertujuan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir yang sedang berlaku kini.
Bagi menjayakan majlis ini, pihak ABIM turut mengundang kesemua calon wakil rakyat yang bertanding di Parlimen P. 116 Wangsa Maju untuk bersama-sama menyampaikan pidato sokongan terhadap inisiatif ini.
Agenda ini merupakan manifestasi daripada inisiatif rakyat dalam membantu rakyat sendiri dalam menghadapi bencana khasnya banjir yang sedang berlaku di negara ini. Justeru, keterlibatan calon wakil rakyat adalah simbol kepada kesedaran pemimpin yang cakna dan peduli kepada masalah rakyat.
Berikut adalah butiran majlis ini:
Tarikh : 15 November 2022 (Selasa)
Masa : 10:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : Dewan Pembangunan Belia Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia, No. 6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Peta: https://goo.gl/maps/ggL2urvRR9eExgHn9
Agenda Utama :
Ucapan Sokongan oleh calon-calon wakil rakyat yang bertanding di Parlimen P. 116 Wangsa maju.
Taklimat dan Lawatan di Pusat Operasi dan Pengurusan Bencana ABIM
Pegawai untuk dihubungi: Encik Farhan Abd Aziz, Eksekutif Jabatan Pengurusan
Projek (+6 017-558 3251)
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti