Keterbukaan merupakan asas penting ke arah meredakan Polemik Membawa Sabah & Sarawak Keluar Dari Persekutuan Malaysia. Begitulah sebahagian ulasan yang dikemukakan Oleh Wan Azizan Ketua Biro Ekonomi ABIM. Beliau yang juga merupakan mantan Yang Di Pertua Abim Negeri Sarawak (2011-2013) turut berkongsi beberapa perspektif sosio-politik yang unik. Antaranya beliau mengulas keunikan integrasi unik antara masyarakat Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung menerusi interaksi merupakan rangkaian negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 51 tahun berada dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak mengalami pelbagai limpahan pembangunan dan ekonomi.
Di sebalik itu, terdapat juga suara-suara yang mahukan kedua-dua negeri keluar daripada Persekutuan Malaysia akibat dakwaan ketidakseimbangan ekonomi dan pembangunan berbanding Semenanjung. Apakah suara-suara itu mewakili majoriti rakyat Sabah dan Sarawak? Ikuti analisa lanjut menerusi pautan berikut : http://www.mobtv.my/talkshow-5898.html