Kenyataan terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzudin Al-Qassam, 17/11/2023
Salam sejahtera atas kalian kerana kesabaran dan keteguhan kalian menghadapi Taghut kezaliman.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
{ أُذِنَ لِلَّذِینَ یُقَـٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِیرٌ }
[Surah Al-Ḥajj: 39]
Diizinkan (berperang) bagi orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha Berkuasa menolong mereka.
Segala puji bagi Allah yang menolong orang beriman dan menghina para taghut yang bongkak.
Ke hadapan anak watan kami yang megah di mana pun kalian berada,
Ke hadapan para mujahidin kami yang teguh cekal di medan juang,
Ke hadapan ummat kami dan sekalian bangsa Arab,
Ke hadapan warga merdeka dunia,
Assalamualaikum wbt.
Selepas berlalunya 42 hari sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa, para mujahidin kita masih meneruskan serangan dan pertempuran dengan tentera-tentera musuh yang zalim yang telah menceroboh bandar Gaza dari pelbagai arah. Tentera musuh juga berusaha untuk menceroboh Bait Lahia dan Bait Hanun.
Pada masa yang sama, mujahidin kita berjaya sepanjang 4 hari yang terkini menghancurkan 62 kenderaan ketenteraan Israhell yang terdiri daripada kereta kebal merkava, kenderaan berperisai pengangkutan tentera dan jentolak dengan menggunakan senjata anti-kereta perisai yang bernama “Al-Yasin 105” dan senjata-senjata letupan khas.
Para mujahidin kita juga berjaya menyasarkan serangan ke atas pihak musuh dengan menggunakan senjata letupan, senjata bertaraf pertengahan, dan senapang penembak hendap (sniper) di mana serangan-serangan itu ditujukan kepada tempat-tempat perkumpulan tentera darat musuh dan mereka yang berlindung di bangunan-bangunan.
Para mujahidin kita juga telah berjaya pada 2 operasi yang berasingan sepanjang 3 hari yang lalu menyerang lebih daripada 9 tentera askar musuh yang telah keluar daripada persembunyian mereka di dalam kenderaan mereka.
Para mujahidin juga berjaya dalam serangan di Bait Lahia pada pagi kelmarin menghancurkan 2 kenderaan berperisai musuh dengan senjata anti-perisai.
Para mujahidin kita pada hari kelmarin telah berjaya meletupkan bangunan apartment yang mana unit komando musuh sedang berlindung di dalamnya, dengan menggunakan senjata anti-perisai dan anti-personnel. Serangan tersebut telah menyebabkan kematian kesemua komando musuh yang berada di dalam bangunan tersebut.
Pada masa yang sama, unit artileri Al-Qassam menyasarkan serangan ke atas tempat-tempat perkumpulan musuh di kawasan pencerobohan dalam wilayah Gaza atau di sekelilingnya dengan senjata roket berjarak singkat dari jenis “rujum”, dan senjata mortar. Unit artileri kita juga telah menyasarkan serangan roket bertalu-talu ke kawasan yang dijajah oleh Israhell terutamanya Tel Aviv dan Asqalan.
Sesungguhnya kami meskipun sibuk dengan pertempuran musuh hingga mengakibatkan kerugian besar kepada mereka dari sudut tentera mereka, pegawai mereka dan kenderaan-kenderaan berperisai mereka, namun, tentera musuh terlampau sibuk membunuh orang awam yang terdiri daripada anak-anak kecil, wanita dan rakyat biasa yang sedang mendiami rumah mereka atau khemah pelarian mereka.
Tentera musuh masih berterusan mencabuli begitu banyak hak-hak rakyat Gaza dan melakukan jenayah peperangan seperti menceroboh hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan dengan hanya berpandukan maklumat-maklumat palsu dan dusta.
Pihak tentera musuh dengan dibantu konvoi-konvoi kenderaan berperisai, jet-jet dan drone perang berterusan telah mencabuli dan melakukan keganasan ke atas mayat para syuhada’, ke atas mereka yang tercedera, pasukan-pasukan perubatan dan kanak-kanak.
Sesungguhnya kami dari Briged As-Syahid Briged Al-Qassam selepas berlalunya 42 hari peperangan Taufan A-Aqsa menegaskan perkara-perkara berikut:-
Sesungguhnya kami telah menyiapkan diri kami untuk mempertahankan tanah air kami meskipun pertempuran ini akan mengambil tempoh yang lama lagi pahit. Sesungguhnya pada tiap tempoh masa yang digunakan oleh musuh untuk menyerang Gaza, mujahidin kita akan mendatangkan kerugian yang besar ke atas mereka dengan dibantu kekuatan Allah.
Kami telah pun merekodkan begitu banyak kejayaan serangan kami ke atas tentera dan kenderaan berperisai musuh. Dan kami akan berkongsi video-video serangan tersebut dengan izin Allah.
“Sesungguhnya berita tentang tentera kalian yang telah mampus di medan perang akan sampai jua ke telinga kalian sama ada cepat mahupun lambat. Jumlah kematian mereka adalah lebih banyak dari kamu sangkakan. Adapun rakyat kalian yang di dalam tahanan kami, maka ianya berkait rapat dengan isu kemanusiaan yang kami amat titik beratkan. Maka antara faktor dan motif tercetusnya Operasi Taufan Al-Aqsa adalah untuk menyerang kerajaan kalian yang melampaui batas dan menzalimi rakyat kami di penjara kalian. Kami telah menawarkan beberapa kali tawaran pertukaran tawanan untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan melibatkan tawanan-tawanan sejak permulaan peperangan ini, kami berusaha dan berjuang untuk menjaga keselamatan tawanan-tawanan kalian di pihak kami namun usaha kami untuk menjaga mereka ini ada masanya berjaya dan ada beberapa ketika kami tidak berjaya disebabkan pengeboman membabi buta tentera kalian. Namun kami ingin memaklumkan kepada kalian bahawa telah jelas pimpinan kalian telah menetapkan nasib tawanan kalian iaitu mereka akan hancur binasa.”
Khatimahnya, ke hadapan anak watan kami
سلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kalian
سلام عليكم بما صبرتم وربكتم وثبتكم في وجه الطغيان
Salam sejahtera ke atas kalian kerana kesabaran dan keteguhan kalian menghadapi Taghut kezaliman.
سلام على أرواح شهداءنا وأطفالنا الأبرياء وأهلنا المظلومين
Salam sejahtera ke atas sekalian ruh syuhada dan anak-anak kecil kita serta ahli keluarga kita yang menjadi mangsa pembantaian.
سلام على أرواحكم التي ستحلق في سماء قدسنا وأقصانا المحرر المطهر من دنس قاتليكم
Salam sejahtera ke atas sekalian syuhada kalian yang akan suatu hari nanti terbang nan tinggi di langit Baitul Maqdis yang akan merdeka dan suci dari pembunuh kalian.
سلام على دماءكم التي ستلعن كل قاتل مجرم وكل متخاذل وجبان ومدع للإنسانية
Salam sejahtera ke atas darah kalian yang ditumpahkan dan akan melaknatkan setiap pembunuh, pembacul, penakut dan mereka yang berlakon memperjuangkan agenda kemanusiaan.
سلام عليك يا شعبنا العظيم وأنت تفضح العالم المنافق بقوانينه الأرجاء ومنظماته العوراء ومعاييره المزدوجة
Salam sejahtera ke atas kalian hai anak watan yang gagah, kalian telah mengaibkan sekalian dunia yang munafik yang berdiri atas undang-undang kosong dan organisasinya yang cacat serta prinsipnya yang tiada keadilan.
وما النصر الا من عند الله العزيز الحكيم
Sesungguhnya kemenangan itu semestinya dari Allah yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana
وإنه لجهاد نصر أو استشهاد
Sesungguhnya ini adalah jalan jihad, sama ada kami menuai kejayaan atau gugur demi Tuhan.
Abu Ubaidah, 17/11/2023.