Kembalilah Kepada Allah & Rasul Untuk Kecapi Cinta Hakiki

June 23, 2012
hafiz@cyberoket

23 Jun 2012 – Kembalilah kepada Allah & Rasul untuk mencapai Cinta Hakiki. Begitulah penegasan yang dikemukakan Puan Fadhlina Dato’ Dr Siddiq semasa mengisi Seminar Tertunaikan Cintamu? Anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah pada 23 Jun yang lalu. Seminar tersebut dianjurkan secara bersama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Damit, Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sabah.

 

Di samping memandu para peserta ke arah memahami Cinta Hakiki (Cinta Kepada Allah), Puan Fadhlina turut berkongsi tatacara menghindari zina menerusi tatacara pergaulan yang ditetapkan syarak seperti menundukkan pandangan serta memelihara batasan aurat (An-Nur:30) di samping tatacara komunikasi sepertimana yang ditetapkan dalam surah Al-Ahzab: ayat 32 dan 53). “Allah adalah pemilik hati. Mohonlah perlindungan dari-Nya,” pesan beliau dalam seminar yang turut menampilkan Imam Muda Ammar dan Pengacara TV Al-Hijrah.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR