Kami Nak Sekolah ! Kami Nak Belajar!

November 12, 2018
editor-media

11hb November 2018: Alhamdulillah dan tahniah kepada semua penggerak, depan dan belakang tabir kepada penubuhan Rohingya Education Centre – REC Gombak , REC ke 4 di Gombak. Majlis pembukaan hari ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman.

Sejarah penubuhan REC bermula pada 2010 dengan pembukaan Rohingya Education Centre – REC Pulau Pinang, 2012 Rohingya Education Centre – REC Klang, 2015 REC Kuantan dengan jumlah 600 kanak-kanak pelarian berdaftar di REC dan 30 tenaga pengajar secara keseluruhan.

Menyedari keperluan dan kepentingan anak-anak ini bagi mendapatkan hak pendidikan yang sempurna, REC Gombak mengorak langkah dengan menumpang sementara di Masjid Rahimah, Greenwood selama 2 bulan sebelum berpindah secara penuh di REC sekarang.

Setiap orang pasti mempunyai momen yang menggembirakan. Namun bagi anak-anak ini, hari pertama kehadiran ke sekolah digambarkan sebagai hari kegembiraan dan keriangan.

Bagi mereka, inilah ‘hari pertama terima baju sekolah’, ‘hari pertama memakai baju sekolah’, ‘hari pertama dapat masuk kelas secara sempurna’, dan ‘hari pertama dapat kerusi meja’.

Dalam pidato hari ini, Roziana Bibi dan Mohd Nasir sebut ‘Kami nak sekolah!’ & ‘Kami nak belajar!’

Tahniah kepada semua yang prihatin dan menyedari bahawa pendidikan, bermain dan keselamatan merupakan antara hak yang perlu ditunaikan bukan hanya kepada kanak-kanak terpilih tetapi semua secara sama rata.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR