25-26 Januari 2014:- Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM, Puan Maria Kamel, telah dijemput untuk menjayakan KAMAR (Keluarga Mawaddah Wa Rahmah) serta BISIK di Sarawak. KAMAR adalah program latihan serta pembangunan kekeluargaan yang diusahakan Agenda Sosial di bawah seliaan Naib Presiden HELWA (Puan Fadhlina Siddiq). Antara komponen penting yang diutarakan oleh Puan Maria Kamel sepanjang KAMAR bagaimana meningkatkan penampilan diri serta keluarga ke arah memenuhi manifestasi Mawaddah Wa Rahmah Program ini turut diseliakan oleh Ketua HELWA Sarawak, Dr Nurul Syaadah Hj Hassan.