Ibadah Qurban Di Syria: 200 Ekor Kambing Sumbangan Rakyat Malaysia Selamat Dikorbankan

October 12, 2015
editor-media

Alhamdulillah, kami di Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang menyokong dan mandukung kempen Ibadah Qurban dan Aqiqah di Syria kali ketiga bagi tahun 1436H/2015M. Amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh sekalian rakyat Malaysia yang budiman ini, kami laksanakan sebaik mungkin demi kemaslahatan bersama. Untuk rekod, sebanyak 200 ekor kambing telah ditumbangkan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang budiman. Sebanyak RM355,000 pula merupakan jumlah sumbangan yang disalurkan melalui Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) oleh rakyat Malaysia yang prihatin di dalam ibadah Qurban serta Aqiqah ini; di samping bantuan lain seperti pendidikan, susu bayi dan juga perubatan.

 

MISI QURBAN 1436H MLLFS (ii).Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd!Alhamdulillah, kami di Malaysia Life Line for Syria …

Posted by Malaysia Life Line for Syria on Monday, 12 October 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR