Adakah kita berputar ke belakang berkenaan dengan hukum berkaitan anjing dalam Islam? Pada tahun 1937, satu perdebatan telah dilakukan di Istana Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Ia turut dihadiri oleh Sultan dan Raja Kelantan, Mufti dan beberapa alim ulama dari Kelantan dan Singapura. Ia berkisar kepada permasalahan jilatan anjing, samada perlu disamak atau pun tidak. Terdapat pandangan yang berbeza antara Imam Syafie r.a dan Imam Malik r.a. Begitu juga tentang keharusan membelanya. ( Sila rujuk journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf )
Walaupun pada akhirnya diakui keharusannya berkaitan hukum tersebut, masyarakat Melayu masih terus dengan pandangan bahawa anjing bukanlah satu haiwan peliharaan yang dipelihara di dalam rumah. Maka program ‘ Iwant to touch a dog’ adalah satu program penerangan hukum. Cuma apakah sebabnya sehingga program ini perlu dilakukan sedemikan rupa. Kenapa ada ahli masyarakat yang teruja dengan program yang sedemikian? Program ini wujud kedua-dua sisi iaitu sisi positif dan sisi negatif. Positifnya masyarakat mula mengkaji hukum sebenar berkaitan hukum. Sisi negatifnya dikhuatiri sensitiviti berkaitan halal haram, suci dan najis akan semakin tumpul. Jika ulama dahulu boleh berlapang dada, maka saya yakin ulama hari ini juga sedemikian. Wallahu a’lam.