Bicara Ramadhan dan Pelancaran Wacana Al-Hikmah
oleh Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, 12 Jun 2017, Kolej Dar Al-Hikmah
Adakah satu kebetulan melancarkan Wacana Al-Hikmah pada malam ini, malam Nuzul Al-Quran, kerana Al-Quran itu sendiri sarat dengan hikmah, sangat tinggi dan mengungguli kitab yang sebelumnya. Segala sesuatu yang termuat dalam Al-Quran adalah hikmah. Untuk memetik, menimba hikmah, cara terbaik ialah merenung al-Quran, di samping al-Sunnah.
Ia boleh dipelajari, boleh diambil dengan usaha, maka salah satu misi Rasulullah s.a.w ialah mengajar al-Kitab dan al-Hikmah. Ada profesor dari Sudan bertanya, jika sepenting itulah Al-Quran dan al-Hikmah, mengapa di dalam kurikulum pendidikan kita tidak diajar al-Hikmah. Sebenarnya hikmah ada di mana2, ada dlm segenap sudut hidup kita. Hikmah ialah sifat Allah. Al-Hakim ialah nama Allah, yang memilik hikmah.
‘Al Hakim’ disebut sekitar 90 kali di dalam Al-Quran. Hikmah juga dibekalkan kepada semua nabi. Maka seharusnya kita berusaha untuk meraih hikmah ini sebanyak mungkin kerana sesiapa yang diberi hikmah ini sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang sangat banyak.
Sebab itu para ulama yang merasakan mereka mendapat hikmah/kebaikan yang banyak, mereka begitu menjaga peribadi. Hikmah bermaksud kedalaman dan ketepatan faham tentang sesuatu. Meliputi percakapan yang tepat, tindakan yang tepat sesuai dengan realiti dan keperluan keadaan. Hikmah ada di mana2, dalam kehidupan, dalam syariat. Tonton video penuh di pautan Bicara Ramadhan Dato’ Dr Siddiq Fadzil
Hakikat itu disebut oleh Ibn Qayyim – syariat itu dibina di atas al-Hikam (jamak bg hikmah). Hukum hakam adalah hikmah, telah ditetapkan dalam Al-Quran & As-sunnah, yang ditetapkan oleh nas. Kisah qadi di Andalusia, Yahya ibn Yahya Al-Laith yang menjatuhkan hukum ke atas amir.
Melangkau dua hukuman iaitu memerdekakan hamba, atau jika tidak mampu, memberi makan 60 orang miskin, tetapi qadi ini menghukum amir tersebut perlu berpuasa 2 bulan berturut-turut, kerana menurut ijtihadnya, 2 hukuman sebelum itu tiada kesan kepada seorg amir yang kaya raya. Namun hukuman ini disangkal para ulama lain berdasarkan hujah bahawa maslahat umat (membebaskan seorg hamba) lebih penting dari mendidik seorg amir. Kebebasan itu sgt penting bagi seorang manusia, mengatasi segala-galanya.
Kerana itu Sh. Rashid Ghanouchi mengatakan “kebebasan sebelum syariat”. Kisah bagaimana Rasullullah menegur/mengajar seorg Badwi yang kencing di masjid. Sahabat2 mahu melarang, tetapi ditegah oleh Rasulullah. Ini hikmah. Kisah bagaimana Rasullullah melayani penyair Arab Abu al ‘Izzah al Jumahi yg syairnya mengutuk dan mempersenda Rasulullah dan agama Islam. Dia tertangkap dalam Perang Badar, merayu-rayu utk dilepaskan dan Rasulullah lepaskan. Tetapi kemudiannya dia mendabik dada, mempersenda Rasulullah.
Beberapa tahun selepas itu dia ikut lagi dalam Perang Uhud, dan ditakdirkan tertangkap lagi. Kali ini dia merayu2 lagi untuk dibebaskan, tetapi tidak dilepaskan oleh Rasulullah. Kata Rasulullah, “Org mukmin tidak dipatuk dua kali dalam satu lubang.” Hikmahnya, orang mukmin kena belajar dari kesilapan lalu, jangan ditipu lagi oleh musuh. Banyak yang tidak menyedari bahawa separuh dari al-Quran itu ialah dialog. Hanya separuh adalah hukum hakam dari Allah.
Pendidikan berasaskan dialog yg menyedarkan, merangsang berfikir. Maka, utk mendapatkan hikmah, cubalah teliti al-Quran dari aspek dialog-dialognya, berbanding ulama’-ulama’ yang berorientasikan hukum dalam meneliti al-Quran.
Catatan PM Dr. Nur Izura Udzir, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat