Berdasarkan Teks Asal Hijrah Ke Malaysia Baharu: Mencari Makna Di Balik Kata Oleh:Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Malaysia Baharu bukan sekadar ungkapan biasa. Istilah Malaysia Baharu mempunyai konotasi makna yang amat mendalam beserta agenda penting yang wajib dilaksanakan. Barangkali tiada perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan anjakan penghijrahan ke era Malaysia Baharu daripada yang dinukilkan sendiri oleh Tokoh Ma’al Hijrah 1440H, Dato’ Dr Siddiq Fadzil:
“Di balik kata Malaysia Baharu tersirat makna segunung harapan terangkatnya martabat insan, tegaknya keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjamin keselamatan. Segala harapan tersebut hanya akan Malaysia Baharu: ‘Mengangkat Aspirasi Rakyat, Memartabatkan Amanah Umat’ dapat direalisasikan dengan menegakkan moral bangsa berasaskan nilai-nilai agama dan budaya. Malaysia Baharu harus benar-benar suatu departure, suatu anjakan mendasar dari era sebelumnya, era yang tercedera dengan rasuah, penyalahgunaan kuasam pelanggaran hak asasi manusia dan keruntuhan nilainilai moral.”
Dalam syarahan pentingnya terhadap makna dan esensi Malaysia Baharu (Siddiq, 2018), idealog gerakan Islam tersebut telah turut melontarkan agenda-agenda besar transformatif-reformatif berikut untuk dilaksanakan:
Tonton video syarahan di bawah:-