HELWA Anjur Forum Wanita-Wanita Hebat Di Sisi Rasulullah S.A.W

November 23, 2012
Sekretariat ABIM Pusat

26 Januari 2014:-  HELWA ABIM Daerah Bangi, telah menganjurkan Forum Maulidurrasul: Wanita-wanita Hebat di Samping Rasulullah SAW. Program ini diadakan bersempena program sambutan Maulidurrasul ABIM Daerah Bangi. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan mewarna, pertandingan khat dan sesi bersama kanak – kanak di Masjid As-Solihin, Teras Jernang Bangi.

Ketika mengulas kewibawaan ilmu Saidatina Aishah R.A, Ustazah Faizah Mohd Salleh menyifatkan beliau (Saidatina Aishah) sebagai inspirasi ilmu sepanjang zaman untuk golongan wanita.”Saidatina Aisyah r.a. Rahsia Saidatina Aisyah r.a menjadi genius adalah kerana beliau berada di dua rumah yang hebat. Beliau Menjadi hebat dalam kesusateraan kerana sering mendampingi ayahnya  (Abu Bakar As Siddiq) yang hebat dalam bahasa dan sejarah. Setelah bergelar isteri Baginda S.A.W, terdidik dengan bahasa wahyu,  kerana sering mendengar pidato & puisi kabilah-kabilah arab serta ucapan & pidato Nabi saw kepada mereka,’ jelas Ketua HELWA ABIM Negeri Selangor.

Selain Aishah,  forum tersebut turut mengenali latar belakang tokong-tokoh wanita lain di sisi perjuangan Rasulullah S.A.W seperti orator wanita terkemuka; Asma bint Yazid al-Ansariyyah, Saidatina Khadijah (Cinta Abadi Rasulullah S.A.W), anakanda Rasulullah S.A.W, Saidatina Fatimah dan kesetiaan serta semangat Ummu Salamah & Khaulah bint Tha’labah dalam menjayakan dakwah Rasulullah S.A.W.

Mari Sama-Sama Share Serta Like Page Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR