Tahniah & Syabas diucapkan kepada Tuan Hj. Sainuri Bin Hj.Yahmin kerana telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa pada 17 Ogos 2020 lalu.
Tuan Hj. Sainuri Bin Hj. Yahmin seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan program pembangunan umat Islam di Sabah sejak dari zaman usia muda lagi. Beliau juga merupakan mantan Yang Dipertua ABIM Sabah yang pertama dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Gabungan Ngo Islam Sabah Concern.
Semoga dengan perlantikan itu akan meningkatkan lagi syiar Islam dan pembangunan umat Islam khususnya di Sabah.
Ikhlas daripada,
ABIM Negeri Sabah