Gelombang Perkampungan Menara Gading (PMG) 2015 terus melanda beberapa negeri sepanjang minggu lalu. Antara negeri tersebut ialah Sarawak, Sabah, Perlis, Terengganu serta Selangor. PMG 2015 ataupun program lebih dikenali sebagai “Menara” dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) khusus sebagai persediaan buat bakal-bakal mahasiswa sebelum mereka memulakan pengajian mereka ke institutsi pengajian tinggi tempatan. Tahniah kepada penggerak PMGK. PMGK akan terus berdiri dengan semangat kemahasiswaan. Kebitaraan mahasiswa terletak pada idelismenya bukan pada selebriti jemputan. Di sinilah mahasiswa belajar menabur bakti membimbing gelombang kesedaran baru.