
Oleh: Syafiq Ismail
Bersempena dengan Ramaḍān 1446H ini, dan kedekatan 10 malam terakhir Ramaḍān, menurut kita, sesuailah bagi pendamba Lailatul Qadar, untuk merenung dan memperbanyakkan fiqh khusus berkenaan Lailatul Qadar ini. Kita telah terjemahkan dan ringkaskan ia di dalam ebook ini, dipetik daripada penghujung Kitāb al-Ṣiyām di dalam magnum opus Imām al-Nawawī (w. 676H) yang tersohor, al-Majmū‘ Sharḥ al-Muhadhdhab (Dār al-Ḥadīth, cet. 2010).
Antara rezeki yang tidak dapat dilepaskan oleh umat ini adalah rezeki bertemu Ramadan, dan rezeki bertemu dengan 10 hari akhir Ramadan. Peluang ini adalah peluang belum tentu kita perolehinya lagi pada tahun-tahun mendatang. Di dalam 10 hari akhir Ramadan ada satu malam yang didambakan oleh pencintanya, iaitu Malam al-Qadar, yang merupakan malam terbaik, tidak ada yang lebih baik daripadanya dari malam-malam yang lain. Ia sahih berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Qadar.
Bersempena 10 hari akhir Ramadhan, kami kongsikan semula e-buku yang berjudul Fiqh Lailatul Qadar, khas buat renungan pendamba Malam al-Qadar. Ia dikarang oleh ulama yang tidak asing lagi iaitu Imām al-Nawawī, yang dipetik daripada Kitāb al-Ṣiyām, dalam al-Majmū‘ Sharḥ al-Muhadhdhab.
E-book yang sangat bermanfaat ini boleh dimuatturun secara percuma melalui link pada pautan di sini.