7 Disember – 8 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta ABIM Negeri Pahang telah menggerakkan misi pemeriksaan kesihatan untuk mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan. Misi ini merangkumi beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di daerah Kuantan seperti Sungai Isap, Permatang Badak, Gudang Rasau serta Paya Besar. Misi ini telah digerakkan oleh Biro Kesihatan ABIM (BKA) yang diterajui oleh Dr Safwan Mohamad, Setiausaha ABIM Negeri Pahang. BKA telah dibantu para sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar perubatan beberapa universiti sekitar Kuantan.