27 Ogos 2014:- Al-Fadhil Ustaz Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan & Manta pimpinan Abim Wilayah Persekutuan) telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (Rabu, 27 Ogos 2014). Allahyarham Ustaz juga adalah Suami kepada Ustazah Aminah Zakaria (Mantan Ketua Helwa ABIM), merupakan ulama’ yang prolifik sepanjang terbabit dalam pelbagai kegiatan dakwah. Ketegasan beliau dalam mengetengahkan beberapa isu kritikal telah mengundang rasa hormat di kalangan sahabat-sahabat seperjuangan dan anak-anak muridnya. Jejaknya kini diteruskan oleh Dr Ashraf Hashim, salah seorang pakar rujuk syariah dan kewangan Islam. Jenazah telah selamat dikebumikan di Shah Alam pada jam 5.30 petang.