9 Mei 2015:- ABIM Sabah meneruskan penganjuran Siri Kuliah Tafsir Maudhuiy (KTM) Siri Ke-23. KTM merupakan siri syarahan yang dibimbing oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil. KTM telah dianjurkan dengan jayanya semenjak 1998 dan kini melangkaui 70 siri. Perkongsian oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Siddiq Fadzil kali ini mengangkat tema “Fitnah Seksual Dalam Pengkisahan Qur’ani”.
Tema ini membawa para hadirin menghayati 3 kisah fitnah seksual yang melanda para nabi. Ketiga-tiga kisah fitnah tersebut membabitkan fitnah ke atas Nabi Yusuf a.s oleh Siti Zulaikha, diikuti Kisah Musa a.s dan Kisah fitnah ke atas Aishah r.a menerusi peristiwa Hadirth al-Ifk. KTM sebelum ini mengangkat tema kepimpinan para Nabi seperti Nabi Daud serta Sulaiman, di samping ketabahan para nabi seperti Yusuf dan Musa dalam menyampaikan risalah dakwah mereka. Dan pastinya KTM turut mengangkat kisah serta ibrah perjuangan junjungan besar Rasulullah S.A.W.