17hb Februari 2019 (Ahad) : Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi. Ab Rahim bersama Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman telah hadir membuat perkongsian dalam “Wacana Gerakan: Peranan Jemaah dalam Era Malaysia Baharu”. Sdr. Raimi menekankan peranan ABIM yang tetap konsisten menjadi Badan Masyarakat Madani (CSO) yang aktif dan konsisten selaku penyemak serta pengimbang kepada pihak pemerintah, sedari dulu. Pendirian ini dibawa bersama hasrat besar ABIM untuk mensejahterakan Malaysia dengan dakwah, bersama Kebangkitan Islam Jilid Kedua. Program yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh ini mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh lapisan masyarakat, khususnya para Aktivis WADAH-ABIM-KPIP Perak.