ABIM Lancarkan Program Diriku Permata Berharga Di Perak

July 25, 2016
editor-media

15 Julai 2016, Selama:-Program Diriku Permata Berharga memulakan kempen bergerak ke 20 sekolah di Perak bermula minggu lepas di SMK Sg Bayor dan SMK Redang Panjang, di Daerah Selama. Program yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak ini akan menjelajah ke seluruh Perak untuk memberi penerangan tentang cara hidup remaja yang sihat dan bersyahsiah dengan menekankan isu pergaulan bebas dan mengandung luar nikah pada umur remaja.

Hampir 4000 pelajar beserta guru guru mendapat manfaat daripada perkongsian dan latihan ini. Apabila berada di lapangan, banyak kisah kisah remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah khususnya air ketum, syabu dan ganja yang merenggut masa hadapan anak muda kita. Diharapkan pihak kerajaan dapat melihat isu dadah dan remaja sekolah ini dengan lebih fokus terutama pengurusan kewangan yang perlu ditambahbaik. Ia berkait rapat dengan pembinaan generasi muda dan kepimpinan akan datang.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR