ABIM Buat Kunjungan Hormat Ke Atas YB Khairy Jamaluddin

January 23, 2014
Sekretariat ABIM Pusat

23 Januari 2014 – Delegasi ABIM telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Belia & Sukan (KBS). Delegasi ABIM ini diketuai oleh Presiden, Amidi Abdul Manan, banyak membicarakan mengenai situasi semasa sosio ekonomi di kalangan generasi muda. Antara perkara adalah mengadakan syarahan umum belia persis ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Belia menganjurkan syarahan bersama Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi. Kali ini kami mencadangkan syarahan bersama anak murid Prof. Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu Dr. Jasser Auda bertajuk ‘Maqasid for Youth’ untuk mencerahkan belia Islam akan kerahmatan dan keluasan Islam. Program ini disambut baik atas dasar menyuburkan budaya ilmu dan pemikiran tinggi, InsyaAllah pada bulan 5 sempena Hari Belia Negara.

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR